Inspirasi

Cerita aku dan abah – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Cerita Aku Dan Abah

Assalamualaikum. Memandangkan sekarang musim pelajar-pelajar sekolah baru selesai SPM/STPM, aku ingin menulis perihal hidup aku sebagai pedoman untuk bakal ibu bapa kat luar sana.

Cerita ni berlaku beberapa tahun lepas. Aku ini bolehlah dikatakan anak harapan keluarga. Anak kedua dalam 4 orang adik beradik. Adik aku seorang OKU, seorang lagi ada masalah lambat dalam belajar (tak boleh nak ingat huruf, tak tahu membaca langsung). Abang aku tak habis sekolah. Lepas PMR dia terus kerja. Dalam 4 orang adik beradik ni, Alhamdulillah. Aku yang paling mudah menerima ilmu. Habis PMR, aku pindah masuk asrama.

Umur 16 tahun, berjumpa dengan kawan-kawan baru, masuk persekitaran baru, aku terlampau muda untuk berfikir tanpa berpaksikan hidup remaja kena lah enjoy. Pelajaran entah ke mana, agama entah ke mana. Solat sambil lewa. Melawan cakap warden itu perkara biasa. Dan banyak lagi perkara-perkara jahat yang malas sebenarnya aku nak kenang. Kemuncaknya bila keluar keputusan SPM. Keputusan aku kalau difikir balik.. takde lah teruk mana. Tapi mungkin kerana stigma masyarakat sekeliling yang buat bapa aku menganggap keputusan aku macam orang bodoh tak berpelajaran.

Bila aku tunjuk keputusan aku pada abah, dia memandang aku seolah aku tiada masa depan. Merah padam muka dia menahan marah sebab tak nampak semua A dalam slip tu. Seolah slip itu ada lompong lompong kertas terbakar, berlubang, tiada nilai langsung. Puas aku pujuk ayah. Banyak kali aku minta maaf. Banyak kali janji aku akan berusaha bersungguh-sungguh bila masuk Universiti. Namun hati dia keras. Hati dia panas. Terluka. Pengahrapan yang dia letak kat aku macam dah dikhianati. Semenjak dia nampak keputusan SPM aku, tak pernah, langsung, dia senyum kat aku. Tak pernah. Langsung. Kalau tegur pun kadang kadang.

Apa dosa aku kerana satu slip, kasih seorang ayah terusa hilang dari dunia aku. Apa salah aku?

Sejak hari tu, aku nekad, takkan balik rumah lagi. Aku nekad, bila aku dah berjaya, baru aku balik kampung jumpa abah. Aku nak buktikan kat abah yang aku boleh berjaya. UPU aku isi sejauh yang mungkin. Dapat panggilan, aku siap siap sediakan semua benda yang aku perlu untuk hidup kat sana. Diploma aku sambung dekat negeri nun hujung bumi Malaysia. Habis Diploma, aku dapat kerja. Mula mula kerja cukup cukup makan. Sikit-sikit aku cuba ubah hidup aku dan Alhamdulillah. Aku mampu hidup sendiri. Hubungan dengan keluarga? Aku potong habis. Dan seingat aku, sepanjang aku belajar sampai konvo, takde pulak mana-mana ahli keluarga aku datang cari aku.

Julai 2016. pagi hari raya aidilfitri. Mungkin Allah nak buka pintu hati aku, nak tunjuk salah besar yang aku buat selama ni. Dalam melepak lepas sembahyang raya, keluar satu iklan raya yang anak dia minta maaf kat abah dia. Iklan raya TNB. Gila kalau tak berjurai air mata tengok iklan tu. Dalam sekelip mata semua memori aku dengan abah masa aku kecil masuk balik dalam benak fikiran aku. Memori abah dukung aku, pergi pancing keli kat parit, naik bot mancing kat tasik.. Semua memori bersama abah berpusu-pusu main pass baton masuk dalam ingatan aku. Aku nekad, aku nak balik kampung lepas 6 tahun tak balik langsung. Berdosanya aku kat abah.

Sampai kat kampung mak yang mula-mula aku jumpa. Menitik air mata mak masa peluk aku. Rindu sangat katanya. Adik-adik aku yang paling gembira tengok abang ngah dia balik kampung. Hati aku rasa lega tengok adik istimewa aku masih sihat macam biasa. Tapi aku nak jumpa abah. Bertubi-tubi soalan mencari abah aku tanya kat mak. Mak cuma diam dan senyum. Mak cakap

Abah ada. Kat masjid. Jom mak bawak jumpa abah. Mak nak naik kereta anak mak, boleh?

Hati aku lega. Lantas aku bawak mak masuk ke dalam kereta menghala ke masjid. Sampai kat masjid, mak pegang tangan aku. Dia bawak aku pergi kubur abah..

Berderai air mata jantan aku.. Mak cakap dah 2 tahun ayah tinggalkan dia. Mak cakap kenapa aku tak pernah balik melawat mereka. Mak cakap kalau sebab keputusan SPM aku, abah takde maksud langsung nak buat aku macamtu. Abah cuma kecewa. Sebab dulu Pak Uda datang bawak anak dia. Sambil tunjuk slip anak dia yang takde huruf lain selain A dan A+. Tak lama lepas tu, anak Pak Uda pergi program persediaan dan sambung belajar kat Eropah (sekarang dah jadi doktor mak cakap).. Mak cakap Abah nak sangat tengok anak dia dipandang tinggi orang orang kampung. (Allah sedihnya bila ingat balik)

Hancur hati aku. Remuk. Punah Menyesal?

Sangat T.T

Pak Uda kau memang dah takde orang lain nak riak selain kat depan bapak aku. Hanya sebab slip aku tak sempurna macam anak kau, ada 3B+ aku tak pernah lagi dah nampak abah senyum, apakan lagi dapat peluk dengan abah. Aku tak faham manusia yang guna tiket berkongsi kegembiraan untuk menghalalkan sifat riak. Sungguh aku tak faham. Kerana lidah kau yang terlepas cakap, aku hilang kasih sayang seorang abah, aku hilang 6 tahun hidup dengan abah. Kerana satu slip bodoh yang kononya boleh menjamin masa depan kita semua, hubungan aku dengan orang pertama yang laungkan azan kat telinga aku putus. Kenapa weh.. kenapa

Kalau ikut hati aku dulu, memang aku dah bakar rumah Pak Uda. Memang aku dah baling batu kat cermin tingkap RX-8 anak dia.

Tapi mak banyak tolong aku untuk terima qada dan qadar yang Allah dah tetapkan. Mak banyak pesan kat aku yang aku masih ada dia. Aku masih ada adik comel aku 2 orang. Aku masih ada abang gagah aku sorang.. Banyak lagi yang ada dalam hidup aku. Terlampau banyak nikmat Allah bagi.. sigh

Aku rasa cukup lah aku cerita pasaldiri aku, untuk ibu bapa generasi baru (sebab sekarang musim budak-budak 90s kahwin), bila kau dah ada anak, jangan malu dengan pencapaian anak walaupun nampak tak gah di mata orang. Jangan nak memandai banding- bandingkan anak kau dengan anak orang lain. Kau suka kawan kau compare Ferari dia dengan Viva kau? Rumah banglo dia dengan rumah sewa kau? suka? kalau tak, anak kau pun macam tu. Kau kena ingat. Kita generasi baru ni lah kena ubah mentaliti generasi berikutnya. Hidup menuntut ilmu jangan bertuhankan slip periksa.

DIDIK ANAK KAU DENGAN ILMU, BUKAN HANTAR ANAK KAU BELAJAR ILMU HANYA UNTUK PENUHKAN A DALAM SLIP PERIKSA MEREKA

p/s : maaf kalau banyak typo, menulis dengan emosi

Peminat iklan TNB

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply