Inspirasi

Mimpi: realiti atau fantasi? – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Mimpi: Realiti Atau Fantasi?

Assalamualaikum dan hai semua pembaca iium confession. Pertamanya aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada admin kalau sudi post cerita aku ni. Tujuan aku menulis dalam ruangan ni adalah untuk meminta pendapat dan pandangan daripada pembaca-pembaca yang arif berkaitan dengan kisah mimpi aku ni.

Untuk pengenalan diri, aku seorang perempuan berumur lewat 20-an dan masih belum berkahwin. Aku mula alami mimpi yang pelik ketika aku berumur belasan tahun. Dalam mimpi aku, ada 2 ekor lipan yang sangat2 besar sedang bergelut dalam sungai & aku berada di tengah-tengah antara dua ekor lipan tu. Sampai sekarang aku masih ingat dengan jelas pasal mimpi tu sebabnya dalam tempoh 10 tahun, aku bermimpi menda yang sama sebanyak 3 kali.

Masa dulu-dulu aku anggap tu semua mainan tido je sbb jarang sangat aku mimpi menda pelik. Tapi sejak aku mula bekerja dan duduk asing dengan keluarga aku, boleh dikatakan seminggu tiga atau empat kali aku mimpi seram. Antara mimpi yang aku alamai ialah sesat dalam hutan dan jumpa baby, menyusukan baby, aku bawa balik baby yg aku jumpa.

Pernah aku mimpi aku hampir lemas dalam sungai yang air nye sgt kotor tapi sempat diselamatkan oleh ibu aku. Kalau bab mimpi pasal ular tu mmg dah tak terkira rasanya..tapi yang pasti aku tak pernah bermimpi dipatuk ular (org tua kata kalau mimpi kena patuk ular ada yang nak masuk meminang..hahaha). Biasanya mimpi dikejar ular ataupun berada dalam sungai yang dipenuhi dengan ular.

Sebelum ni aku tak pernah pon rase nk bercerita hal mimpi-mimpi aku pada org lain tapi bila sampai tahap aku mimpi ada org nak bunuh aku dengan bagi aku makan kaca. Bila aku bangun dari tidur, tekak aku rasa sangat perit. Pernah jgk aku bermimpi sekumpulan orang berpakaian hitan kejar aku sampai aku jatuh gaung yang sangat tinggi.

Bila aku dah mula rasa mimpi aku ni ada petanda yang tak baik, aku cerita pada mak ayah aku. Diaorang bawa aku pergi berubat di Darul Syifa. Seperti kita sedia maklum kalau kita buat rawatan secara islam, pengamal perubatan jarang nak bagitahu apa punca kita jadi mcm tu. Lepas dari pada berubat, Alhamdulillah dah tak ada gangguan mimpi pelik-pelik tu lagi.

Tapi start dari bulan lepas gangguan mimpi tu datang lagi. Aku mimpi semasa aku tengah menunaikan solat dan masa tu aku sujud, ada dua orang lelaki bermuka sangat hitam tolak muka aku ke sampai aku tak boleh bernafas.

Selain dari mimpi, aku jadi seorang yang panas baran (mak ayah aku bagitahu). Tapi yang peliknya, aku hanya baran dengan ahli keluarga aku. Bila aku balik kampung je, aku jadi cepat marah. Adik beradik aku buat salah sikit je pon mesti aku nak marah. Padahal kalau dekat luar dengan kawan-kawan aku okey jer.

Satu lagi aku ni susah nak lekat jodoh. Tapi aku tahu jodoh tu semua perancangan Allah. Aku cuma nak cerita apa yang aku alami, aku tak pernah bercinta. Pernah la jugak aku try utk berkawan dengan lelaki tapi x lama..bila kawan lelaki aku sebut pasal kawen, aku jadi tawar hati. Pernah jer ada 2 3 orang datang rumah untuk merisik (mak cik-makcik kampung kenenkan) tapi semua x berhasil.

Mungkin ada yang akan kata menda-menda yang aku alami ni sekadar perkara biasa. Tapi bila menda ni terlampau kerap terjadi, aku jadi bimbang. Aku harap ada yang sudi bagi pendapat dan cadangan apa yang patut lakukan. IN SHAA ALLAH aku akan baca komen korang semua.

Terima kasih sudi membaca walapun cara penulisan aku tak menarik, ni first time aku menulis kisah aku. Harap semua memahami.

TERIMA KASIH 🙂

Cik Siti

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply