Semasa

Sikat emas untuk orang kaya berharga RM43,000

Perkongsian

[​IMG]
SIKAT emas itu dengan sarungnya yang dibuat daripada kulit burung unta. – Agensi

Bratislava: Sebuah syarikat Slovakia mengeluar edisi terhad sikat yang dibuat daripada emas, menyasarkan golongan kaya.

Sikat yang dikeluarkan oleh syarikat Tomas Veres itu dijual dengan harga AS$9,700 (RM43,000).

Syarikat itu memang terkenal kerana mencipta dan mengeluarkan barangan luar biasa dan eksklusif untuk orang ‘luar biasa’ yang menghargai barangan terbaik dan paling bermutu dalam kehidupan mereka.

Ini, termasuk sikat emas berukuran 130 milimeter kali 33 milimeter itu.

Sikat buatan tangan itu dibuat di Itali oleh tukang emas berpengalaman dan dijual bersama-sama dengan sarung yang dibuat daripada kulit burung unta, juga dibuat di Itali.

Syarikat berkenaan hanya membuat 800 sikat emas itu sahaja.

Ia boleh dibeli secara atas talian. Bagi mereka yang berminat, syarikat itu juga menyediakan khidmat untuk mengukir nama atau mesej pada sikat berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ia mengenakan caj tambahan untuk kerja mengukir itu.

Bagi mereka yang tidak mampu membayar AS$9,700 untuk mendapatkan sikat emas 14 karat itu, syarikat terbabit ada mengeluarkan versi perak yang dijual dengan harga AS$1,180 (RM5,200). – Agensi/Metro

[​IMG]
[​IMG]
Sikat versi perak.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply