Inspirasi

Tak kemana walau pangkat tinggi – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tak Kemana Walau Pangkat Tinggi

Takkan kemana walau berpangkat tinggi

Salam.

Saya nak cerita pasal situasi yang betul-betul berlaku dalam keluarga saya. Kalau orang tahu, memang akan mengaibkan keluarga besar kami. Nenek saya kahwin dengan tiga orang. Mak saya, anak bongsu dari lima adik-beradik. Anak sulong dari atuk yang pertama, kedua dari atuk kedua. Mak saya dan makcik dua orang dari atuk ketiga, atuk saya lah (luls). Ceritanya bermula bila nenek saya meninggal dunia, dekat sepuluh tahun dah. Bila nenek meninggal, sepupu yang sulong dari abang sulong mak saya (sepupu tiri, lets name him abang A) mula tunjukkan belang. Dia claim harta peninggalan nenek saya, sepatutnya banyak yang jadi milik dia sebab dia cucu sulong. Bukan tu saja, harta peninggalan atuk saya pun direbutnga juga. Padahal bukan atuk dia, tamak gila.

Abang A ni, atuk saya, nenek saya dan mak saya ambil bela dia dan adik-beradik 4 orang, bela dari kecil sebab mak dia dan ayah tiri dia miskin. Masa pakcik sulong saya ada, pun kebanyakan masa depa duduk dirumah atuk saya sebab pakcik sakit. So kiranya, dari kecil sampai lah besar jadi bapak orang pun, bila atuk saya meninggal, nenek dan mak saya jaga depa lima beradik. Mak dia kahwin lain, dapat anak lain dua orang, tu pun kadang mak saya bagi juga duit pada mak dia, layan dua orang tu macam anak saudara sendiri. Saya ingat nenek pernah cerita, masa mak di universiti, mak dapat biasiswa. Mak sanggup ikat perut untuk berjimat-cermat, simpan duit biasiswa untuk kuranglan beban nenek dalam belanja depa lima beradik. Baju raya, mak saya belikan, yuran sekolah mak saya bayarkan. Bila nenek meninggal, abang A nakkan harta nenek. Mak cakap, tak boleh, ambillah setakat mana yang jadi hak dia, adik-beradik lain, sepupu-sepapat lain ramaaii lagi kat belakang yang perlukan harta tu. Simpanan untuk anak2 masa depan. Dia buat muka pastu balik rumah macam tu je. Ingatkan, kejap je rajuknya, esok elok lah. Rupanya2, keesokan harinya, dia mula tak tegur kami, isteri dan anak-anak dah tak datang jumpa kami. Seminggu lepas nenek meninggal, dia ada buat majlis kesyukuran, majlis kesyuran apa tak tahu, sampai sekarang tak tahu. Sorang je dalam kampung tu yang dia jemput, yang lain tetamu dengar katanya pangkat tinggi-tinggi belaka. Kitorang? Dia endahkan. Sampai sepuluh tahun diknon. Kalau terserempak kat pasar, dia buat tak nampak, tengok telefon la. Macam-macam.

Dulu saya belajar di mesir, jadi banyak perkara yang terjadi dirumah yang saya tak tahu. Ada satu yang buat saya terkedu sampai sekarang. Lima tahun lepas, abah kemalangan, patah kaki. Ada satu hari tu, adik dia yang lain bapa (bukan anak saudara mak saya lah) nak kahwin. Dua-dua mak abah saya pergi. Yang saya paling terkilan, masa abah saya nak turun dari kereta, kan patah kaki. So, adik pergi belakang nak ambil kerusi roda, abah pulak gagahkan diri keluar kereta pakai tongkat. Dia ada kat depan tu, tengah berbual dengan kawan dia, boleh dia buat tak tahu. Ya Allah. Manusia ke apa dia ni. Tamak sangat agaknya,Allah butakan hati nurani tu. Sampai takde belas dekat abah saya. Abah pun antara orang yang berjasa dekat dia. Mak abah saya tak pernah mengungkit, semua ni saya tahu dari orang lain. Adik saya, adik-beradik dia. Masa tu, dia baik lagi dengan mak dia, dengan adik-adik dia. Sebab mak dia banyak duit lagi. Dari tahun ke tahun, mak dia dah takde duit, adik-adik dia, sorang je yang jadi manusia sekarang. Yang lain ikut perangai abang dia, buta dan gila harta. Bergaduh adik-beradik tu jangan cakap lah. Terlalu banyak!

Tiga empat bulan lepas, tiba-tiba dia dan keluarga datang melawat kami, lepas dekat sepuluh tahun tak bertegur sapa. Tak minta maaf pun, datang berbual kejap dah. Padahal masatu, kitorang kekok gila dengan dia, dia pun kekok. Rupa-rupanya datang rumah ada agenda. Dia ada buka restoran, tapi tak pernah sehari pun untung sejak dia buka restoran tu. Datang nak pinjam duit. Pelik, macam mana dia ni takde duig, padahal harta nenek dapat (dapat yg hak dia je), yang atuk saya memang khaskan untuk dia,pun dapat, duit mak dia habis dikikisnya, dengan gaji sebagai pengetua sekolah lagi. Ingat sikit ke? Banyak, tapi habis tah kemana. Restoran tak buat untung, takde pelanggan pun. Sekarang ni, mak dia sakit. Adik-adik dia, walaupun buta dan gila harta tapi bila mak depa sakit, depa pergi jaga mak depa. Yang abang A ni, pergi sekejap macam jiran sebelah rumah pergi jenguk jiran sakit. Macam tu lah. Tak masuk dekat pun dengan mak dia. Entahla labu, tak reti juga perangai orang cerdik macam dia. (Dia selalu cakap dia pandai btw). Ambillah cerdik tu, kalau cerdik jadi macam ni, baik aku jadi bodoh.

Semalam ada dengar talk diikim.fm, tak sure pula siapa yang bercakap hihi. Antara orang yang Allah taknak tengok mukanya di hari kiamat kelak, ialah orang yang merderhaka pada ibubapa. Menderhaka dah macam tu, kita cakap uhh pada ibubapa pun dah jadi dosa besar abang ku sayang. Tak sayang pun. Dalam Islam, ibu bapa, ibu napa mertua, ibu angkat, ibu susuan wajib dipatuhi wajib disayangi wajib disatuni selagi tidak berlawanan dengan suruhan Allah. Tak tahu lah , saya mampu maafkan dia atau tak. Dia terlalu banyak buat mak saya menangis. Saya tahu, mak saya ni, berbanding kami anak2nya ni, abang A dah macam abang sulong kami, ditatangnya dengan penuh kasih sayang, macam anak sendiri. Tapi dia? Bila besar jadi macam ni, bukan setakat besar, dah tua pun. Kalau tak reti bertaubat juga, tak tahu lah.

Saja tulis dalam ni, sebab masa dia datang tengok mak dia semalam, dia main telefon. Orang tua ni, kalau main telefon, takde benda lain. Sama ada whatsapp atau facebook. Moga sampai teguran ini padamu.

Jay

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply