Inspirasi

Trend upload susu badan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Trend Upload Susu Badan

Salam. Hai. Andai tersiar confession ni, terima kasih kepada admin. Aku adalah seorang ibu kepada seorang anak yang mana baru berusia empat bulan.

Apa yang aku perasan, majoriti ibu ibu zaman sekarang ni (yang mana bf anak dorang) perangai nya terlalu taksub dengan susu badan dorang tuu. Pastu apa yang tak boleh blah bila dorang upload kat media sosial dengan description gambar bangun pagi ni, baru makan apple sebiji, pam, Alhamdulillah dapat 3 oz
Aku tak cakap semua ye tapi majoriti. Same goes to my newsfeed kat fb, bersepah jenis macam ni. Malu la tengok! Malu! Huhu

Apa yang membuatkan aku untuk luah kan rasa perihal benda ni adalah bilamana majoriti colleague lelaki aku duk bertanya kami kami yang perempuan ni korang, jenis ibu ibu zaman sekarang memang tak tau malu eh post gambar susu dorang dalam facebook tu acah2 show off konon susu banyak bla bla bla. Kesian suami dorang kan?

Bila dah kaum lelaki sendiri bagi respon macam tu. Kau rasa??

Eh tau tak aku sebagai seorang wanita, sebagai seorang ibu rasa malu dengan pertanyaan sedemikian rupa. Tapi bila difikirkan balik, betul la apa yang dorang persoalkan. Ibu ibu sekarang memang dah takde rasa malu ke?

Ye tau, kelebihan kita Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk kasi susu sendiri buat anak anak. Tapi rasanya tak perlu kot nak post atau nak show off semua tu. Simpan sendiri buat tatapan diri sendiri cukup. Media sosial ni bukan nya kita berkawan dengan perempuan semata. Lelaki pun bersepah. Bapak orang, laki orang, anak bujang atau ape aje. TAK MALU EH?? Aku syak dorang ni sebenarnya bangga lebih lebih dapat bf anak so perasaan bangga tu melebihi rasa malu dorang.

Jangan lupa juga jagalah hati ibu ibu yang memang tak diberi rezeki lebih untuk susukan anak dengan susu sendiri. Ada mereka bukannya taknak susukan anak dengan susu badan, tapi tak diberi peluang dan ruang lagi. Rezeki belum sampai.

Eh tapi serius lah aku memang rasa macam mana malu dorang??? -__- sebab aku sendiri pun fully bf anak sendiri Alhamdulillah diberi rezeki tapi rasanya untuk show off kat public tu rasa mcm ya ampun malunya! Sebab tu susu kita. Tapi trend zaman skarang ni dah pelik kan?

Sape rasa dia macam ni, dah dah la. Susu tu simpan je buat tatapan diri sendiri. Kalau rasa nak buat charity nak kongsi tips, just share the tips. Tapi tak perlu nak upload gambar susu dalam botol baru lepas pam and post dengan description acah acah islamik Alhamdulillah berkat amal makan kurma setiap hari, susu mama untuk adik makin banyak hari demi hari

Eh okay engko ingat islamik?? Kesian sikit kat suami dapat malu. Islam pun takde ajar rasanya. Am i right?

Salam sayang,
Ibu NS.

Ibu NS

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply