Inspirasi

Trend zaman sekarang – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Trend Zaman Sekarang

Assalamualaikum

(Thank you admin kalau siarkan confession ni)

Perasan tak kita sekarang macam-macam trend pelik-pelik muncul? Dan ramai sangat yang ikut buta-buta. Contoh yang terbaru ni tag nama dengan caption saya sedang mencari dengan gambar-gambar orang-orang yang kononnya tak menarik, tak cantik/handsome atau pelik.

Hurm mereka pun manusia juga kan? Bukan kartun atau watak fiksyen yang memang tak wujud atau sekadar rekaan. Sedar tak sedar kita dah buat cyber bullying dan mungkin mencetuskan suicidal thought pada orang-orang ni? Bayangkan kalau perkara ini terjadi pada diri atau kenalan anda? Tak sanggup bukan?

Tak ada apa yang seronok dengan mengetawakan orang. Mungkin penampilan fizikal mereka kurang tapi tu bukan alasan untuk mereka dijadikan bahan gurauan. Tak ada undang-undang dalam dunia ni bagi kau hak untuk buat macam tu.

Fizikal tu sementara je, bila-bila masa Tuhan boleh tarik. Yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling tinggi takwanya. Rasa semua tahu kan.

Stop viral these kind of things! Sebelum trend-trend yang lebih aneh muncul, sama-sama kita renungkan samada ianya baik atau buruk. Jangan terikut-ikut. Jadilah manusia yang ada pedoman. Ku doakan untuk diriku dan kalian.

Silent Observer

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply