Inspirasi

Wanita dan senggugut – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Wanita & Senggugut

Ramai dalam kalangan wanita yang mengalami senggugut ketika datang bulan atau haid. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Sebab tu wanita yang datang bulan ni digeruni oleh sesetengah kaum Adam . (maaf kalau silap). Walau pun begitu, tidak semua wanita mengalaminya.

Tapi memang betul pun, kadang-kadan saya pun mengalami mood swing semasa haid. Kesiankan orang yang rapat ngan kita pastu kena marah tak pasal-pasal. Jika mereka memahami, itu tak menjadi masalah.

Namun, kalau saya sendiri, saya berusaha untuk tidak menampakkan saya tengah mengalami kesakitan, tapi kawan-kawan kadangkala perasan jugak. Kenapa macam tak bermaya/macam takde mood? Haa itu antara orang disekeliling yang dah memahami engkau yang selalu happy go lucky tetiba kau muram. Nampak tak?

Tanda-tanda saya mengalami senggugut ialah senyum yang sukar ditafsir tapi usaha la senyum nampak ikhlas. Kadang kalau lucu sangat sampai ketawa tak ingat dunia, haa hilang gak sekejap rasa sakit senggugut tu sebab tak ingat duniakan tadi. Sakit seluruh badan (rasa berangin je semua). Sakit bahagian pinggang paling paling paling sakit la kalau aku.

Aku kalau sakit sangat, aku memang rasa nak menangis. Kalau kat rumah la. Tak tahu sebab apa. Sebab orang tak tengok kot. Kalau kat tempat belajar, aku boleh tahan sebab tak nak kawan-kawan risaukan. Jadi, aku ni manja sikit, aku mintak kawan urut, tak pun kawan-kawan offer nak urut. Memang sedap dan rasa lega kalau diurut. Kalau kat rumah confirmla mak dan family yang rapat dengan aku urut belakang bagi angin keluar.

Kebiasaannya aku senggugut hari pertama dan kedua datang bulan. Hari pertama tu memang sakit sangat, jadi jangan hairan kenape aku tengok orang semacam je.

Aku memang dari awal datang bulan dah alami senggugut ni tapi tak teruk sangat. Ada satu hari ni, aku sampai tahap teruk, hari pertama tu, aku makan, semua keluar balik. Aku muntahkan balik makanan yang aku makan. Jadi satu hari tu aku memang tak makan apa-apa. Tak tahu kenapa boleh sampai terukkan.

Aku ada bagi pinjamkan seorang kawan kain batik aku masa kem. Dia ni pun senggugut, memang aku nampak masa kem, teruk ckit la dari aku. Jadi, mak aku cakap mungkin sebab aku dah berkongsi kain batik tu dengan dia. Tak tahu la cuma ni kepercayaan orang tua-tua.

Bila berlarutan dua tiga kali aku datang bulan jadi macam tu, pergi berubat kampung. Alhamdulillah sekarang teruk pun takde dah takleh makan hari pertama tu. Dulu memang ambik pil panadol menstrual (kaler pink) untuk tahan sakit. Sekarang alhamdulillah setahun lebih dua tahun kot, saya dah tak bergantung dengan pil.

Orang kata, wanita senggugut sukar nak hamil, tapi ramai kawan-kawan yang sama alami senggugut dapat gak melahirkan. Dorang cakap, lepas beranak, senggugut dah tak teruk macam dulu. Alhamdulillah. Kuasa Tuhan kan.

Syukurkan jadi wanita? Kita dikurniakan rahim untuk melahirkan. Jadi, jagalah sebaiknya maruah, mahkota kita. Wanita sangat unik dan beruntunglah kita menjadi wanita yang diangkat darjat kita oleh Allah SWT sehingga kita matipun kita diberi keistimewaan.

-Cik Senyum

Cik Senyum

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply