Inspirasi

Adab bertandang dan menumpang – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Adab Bertandang Dan Menumpang

Assalamualaikum. Ella ni bukanlah bertujuan nak mengutuk mana2 pihak, cuba sekadar nak menegur apa yang Ella selalu lihat kebelakangan ini. Korang mesti selalu lepak rumah kawan, pergi rumah saudara bila kenduri, duduk hotel atau resort, ataupun bermalam kat mana2 buat sementara. Ella nak cerita sikit ni.

1. Melawat keluarga arwah
Cerita betul, Ella pernah datang rumah kawan sewaktu abangnya meninggal, Ella nampak sendiri saudara mara duduk bersahaja je dalam rumah. Ni bukan kenduri yang ada rewang2 ye, ini masa jenazah ada di rumah dan hari selepas jenazah ditanam. Kita dah tau tuan rumah masih dalam kesedihan, dan tiada masa untuk memasak dan sebagainya, apa salahnya kita tolong hulurkan bantuan beli makanan nasi bungkus ke, kuih2 ke untuk dihidangkan kat tetamu. Masa tu Ella dan kawan ni terhegeh2 nak masak air sebab nak hidang kat orang datang, nak minum air manis. Dah sudah tu yang makcik2 anak dara tak ada seorang pun yang tolong di dapur! Serius cakap, Ella hairan. Bila hari selepasnya barulah ada saudara kawan Ella ni datang tolong beli2 hidang makanan semua. Ella terkilan juga sebab lepas saja tahlil untuk arwah tu, ada lagi saudara mara yang datang bertandang sampai ke tengah malam belum nak balik. Ada juga yang datang tidur semalaman. Kalau tidur dan tolong kemas rumah tu takpelah, Ini tidur macam beraya pulak, orang nak kena layan dia. Haishh. Keluarga arwah ni punyalah penat sampaikan tak tidur malam nak menguruskan. Jadi korang yang membaca, tak kiralah kawan ke saudara ke tua ke muda ke, tolonglah ringankan beban keluarga arwah. Kadang2 duit derma tu kita fikir belakang, benda2 kecik macam tolong buangkan sampah, tolong basuhkan pinggan, beli air, beli makanan, sapu lantai, bentang tikar, itu suma lagi bermakna time sibuk macam tu. Jangan susahkan keluarga orang yang sedang berkabung.

2. Melawat kenduri
Tak kisahlah majlis kenduri apa2, terutamanya yang khemah tak banyak tapi tetamu ramai. Mintak tolong lah jangan lepak lama2 kat meja makan tu sedangkan ramai orang lain yang baru sampai tak ada tempat duduk. Kalau rasa nak duduk lepak lama2, datanglah waktu petang time orang semua dah nak balik. Lepas tu kalau makan dah bersepah ke tertumpah ke, tolonglah ambik tisu lapkan sikit, angkat sisa2 nasi atau lauk atas meja tu. Kalau dah habis makan tu dan ramai orang, tolongla tindankan pinggan2 tu sekali kalau datang ramai2. Senang orang rewang nak mengangkat. Orang rewang ni bukannya dapat upah banyak pun. Fikir2 lah orang lain nak duduk lepas korang tu, meja kotor bersepah semua. Kau punya sepah orang lain pulak yang kene kemas. Amboi.

3. Duduk di hotel/resort
Ini Ella selalu dengar dari akak2 cleaner masa Ella duduk di hotel. Macam2 jenis perangai kalau dah duduk hotel tu, semua berlagak macam raja. Dengan bekas tapak kasut atas katil, berpasir2 lumpur dalam bilik, dengan tahi(maaf bahasa kasar) dalam mangkuk tandas yang tak flush, dengan bilik bersepah macam ada tornado, dan yang paling sedih ada diantara keluarga Islam yang berperangai macam ni! Bukanlah Ella kata duduk hotel tu kene kemas2 macam asrama, tapi logik akal la, jangan sengaja buat benda yang terlalu menyusahkan orang hanya kerana itu kerja dia. Tak semestinya kau dah bayar, orang lain boleh jadi hamba. Kita buat benda baik kat orang, kita tak tau lain hari orang pula buat benda baik kat kita kan?

4. Bertandang di rumah kawan/jiran/saudara
Ini selalunya time beraya. Ella tak maksudkan untuk kawan2 yang dah rapat2 macam adik beradik yang sampai mak bapak kawan tu pun dah anggap kita macam anak sendiri, maksud Ella ialah kawan biasa2 yang kita rapat tapi belum betul2 akrab lagi. Tolong la datang tegur mak bapak atau adik beradik kawan tu, bagi salam je pun dah cukup, sekadar tunjuk muka. Kadang2 Ella nampak ada yang datang cakap nak jumpa A, lepastu tercongok kat luar sambil bersembang sampai makcik pakcik pun x ditegurnya. Lagi satu kalau nak berselfie ke berhappy2 kat rumah orang ni kena ingat batas. Jangan nak tergelak mengilai sampai ke dapur dengar dan tolong jangan nak excited sangat. Terutamanya kalau rumah tu ada adik beradik kawan yang bukan mahram. Dan lepas makan tu tolong lah rajin2 bawak cawan letak kedapur ye.

5. Tumpang kenderaan kawan
Yang perjalanan jauh atau dah selalu sangat menumpang tu, janganlah segan silu hulur duit minyak sikit. Takpun kalau segan nak bagi duit, belanja makan ke, apa2 ke. Dan kalau kau nak pinjam kereta ke motor pun ada adab nak bertanya. Jangan suka hati je terus cakap Weh, nak pinjam motor kau boleh?. Secara jujur ada beberapa orang yang sangat susah untuk mengatakan NO, jadi walaupun hati diorang cakap tak boleh tapi diorang anggukkan aja. Tolong fikir perasaan kawan anda. Lebih mesra kalau korang cakap Weh, sorry sangat aku menyusahkan kau, tapi aku perlu pinjam motor kau kejap boleh tak? Kalau kau nak guna tak apa weh aku tak kisah. Just nak tau apa kata kau. Haa, kalau cakap gitu kan sedap didengar. Lembut sikit hati kawan tu.

Itu je lah Ella nak cakap. Maaf kalau ada terkasar bahasa atau mengguris hati. Tapi Ella harap orang akan sedar akan tujuan Ella tulis ni.

Ella

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply