Inspirasi

Hikmah kahwin awal – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Hikmah Kahwin Awal

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pembaca yang budiman

Saya Sarah..saya melalui zaman kecil yang biasa saja seperti kanak-kanak lain.Setelah bersekolah saya berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa saya.

Sewaktu saya tingkatan 3 saya telah bertemu dengan seorang lelaki (suami saya sekarang) di satu program kursus ayah saya. Saya cuma ditegur biasa pada waktu itu. Kata suami saya itu kali pertama dia lihat saya dan telah jatuh cinta pandang pertama pada saya.

Setelah hampir setahun selepas itu barulah saya mengetahui suami saya adalah kenalan ibubapa saya juga. Dia juga baru mengetahui gadis yang ditemui tempoh hari adalah anak kenalannya. Dengan segera suami saya menyuarakan niatnya untuk memperisterikan saya selepas saya tamat persekolahan nanti.

Ayah saya memberikan syarat bahawa suami saya mestilah menyokong saya untuk belajar sehingga peringkat tertinggi. Suami saya setuju dengan ikhlas. Lagipun ayah saya sangat merestui kerana katanya Rasulullah menggalakkan anak perempuan untuk dinikahkan awal supaya terjaga maruah diri.

Setelah tamat SPM kami berkahwin dengan restu ibubapa saya. Tiada mas kahwin dan hantaran mahal..saya terima suami saya seadanya.Mereka memilih suami saya yang tua 5 tahun dari saya kerana bagi mereka lelaki yang mempunyai asas agama yang baik InsyaAllah akan dapat membimbing anak cucu mereka.

Walaupun suami saya bukanlah bekerjaya hebat, bergaji besar ibubapa saya yakin dengan sikapnya yang baik hati,menghormati dan mempunyai ilmu agama adalah lebih penting bagi mendidik anak perempuan mereka.

Dan saya pula walaupun pada mulanya agak berat hati kerana mahu membalas jasa ibubapa sepuasnya dulu saya tetap menerima untuk berkahwin dengannya kerana saya yakin suami dapat membimbing saya dengan baik. Bila saya lihat cara layanannya pada ibunya saya bertambah yakin suami saya juga akan melayan saya & keluarga saya dengan sebaiknya.

Alhamdulillah saya menyambung pengajian diploma selepas pernikahan. Walaupun sangat rindu pada suami dan ibubapa, saya tetap berusaha belajar bersungguh-sungguh.Suami saya sanggup berkorban ulang alik dari Kelantan ke UiTM Dungun setiap minggu. Sehinggalah suami saya berpindah tinggal bersama saya di Dungun setelah saya mengandungkan anak pertama kami pada umur saya 19 tahun.

Ibubapa saya juga bekorban menjaga cucu pertama mereka sewaktu kami suami isteri masih dalam proses membiasakan diri. Setelah anak sulung kami berumur 9 bulan barulah kami menjaganya sendiri.

Suami saya banyak berkorban menjaga anak kami, bangun buat susu untuk anak, hantar anak ke tadika, melayan kerenah saya sewaktu mengandung,banyak bersabar dengan saya, jadi mr mama,menghantar & menjemput saya ke kelas( saya tiada lesen memandu ketika itu)..menemani saya berjaga malam untuk buat assignment..sehingga saya selalu mendapat anugerah dekan. Subahanallah sungguh pemurah kasih sayang Allah kepada saya.

Alhamdulillah kami dikurniakan anak kedua sewaktu saya diperingkat ijazah dan dianugerahkan Anugerah Naib Kaunselor. Dan kami dikurniakan lagi seorang anak sewaktu saya menyambung pengajian master di bawah tajaaan biasiswa.

Alhamdulillah..sekarang saya sudah bergelar pensyarah di universiti tempatan. Sungguh banyak pengorbanan suami dan ibubapa saya..tanpa mereka siapalah saya. Sekarang kami telah ada 4 orang cahaya mata.

Saya sungguh terharu tatkala melihat suami saya mendidik anak-anak kami,mengajar anak-anak mengaji Quran, mengimamkan kami solat..saya juga mendapat kekuatan untuk menghadapi ujian setelah banyak dinasihati suami saya.Alhamdulillah pilihan ibubapa saya adalah terbaik untuk saya.

Rumahtangga memang biasa ada masalah turun naiknya, tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan keimanan pada yang Maha Berkuasa Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan dengan berhikmah.Saya juga menjadi lebih matang dengan pernikahan ini walaupun sekarang saya masih belum menginjak umur 30 tahun.

Sehingga ke hari ini saya tetap dapat membalas jasa ibubapa saya tanpa sebarang halangan dan suami saya sangat disayangi ibubapa dan ahli keluarga saya. Sehinggakan arwah datuk saya sebelum meninggal dunia mahu tinggal bersama kami beberapa bulan kerana suka dengan layanan suami saya yang baik.

Jadi saya berharap ibubapa termasuk diri saya sendiri dapat mengutamakan hak Allah dahulu dalam segala hal terutama anak-anak kita semua. Carilah bakal menantu yang beragama, berakhlak dan baik budi pekerti.Teruskanlah berdoa untuk anak-anak kita semoga dikurniakan jodoh terbaik dari Allah.

Kahwinkanlah anak-anak setelah tiba jodoh yang terbaik untuk mereka walaupun mereka masih muda. Biarlah mereka belajar susah senang bersama-sama.

Rasulullah berpesan untuk kita menyegerakan 3 perkara:
1)SegerakanSolat setelah masuk waktunya
2)Segerakan pengebumian jenazah setelah si mati meninggal dunia
3) Segerakan mengahwinkan anak perempuan setelah ada lelaki yg baik meminangnya

Kahwinkanlah anak perempuan kita jika sudah ada lelaki baik datang meminang Jangan memilih bersandarkan pangkat jawatan @ harta.Pilihlah yang beragama..InsyaAllah anak-anak dan kita semua akan bahagia dunia dan akhirat.

Kahwinkan awal..banyak hikmah Allah.

Saya juga mendoakan para sahabat diluar sana dikurniakan jodoh yg soleh solehah secepatnya & juga semoga ibubapa diluar sana dikurniakan menantu yang soleh solehah yang akan membimbing anak-anak kita ke syurga dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Syukran suami ku, Imamku..Jazakumullahu khoir

Siti Sarah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply