Inspirasi

Housemate bersama dengan diva melayu – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Housemate Bersama Dengan Diva Melayu

Assalamualaikum readers. Aku tak tau nak salurkan kebenaran ni dekat mana jadi ni jelah jalan terakhir.

Aku duduk berempat dalam satu rumah, Cha, Aku, Mia, dengan Cik Diva. Semua ni bkn nama sebenar.

Cha ni pandai masak, pendiam tak banyak cakap. Mia jenis kepala gila, orang yang tak kenal dia cakap dia ni memang takda ciri2 isteri solehahlah citer dia kan. Aku sejenis introvert dalam rumah ni, kalau tak tau introvert tu apa kau stop kejap cari dulu sikap2 introvert ni macam mana. Dan watak utama kita Cik Diva, lawalah jugak putih melepak, tinggi, sopan sangat, lemah lembut dan suara di volume terendah pernah anda dengar.

Kitorang tak satu fakulti melainkan mia ngan cik diva. Dah masuk tahun 2 ni masing2 dok umah sewa kira dekat jugaklah dengan u sebab kau mia ngan cha satu sekolah dulu. Tiba2 cik diva ni request nak dok sekali kitoranng on jelah sebab sewa mahal.

Nak dibandingkan cik diva dengan kitorang ni, kitorang memanh tak dikenali ramai melainkan nana sebab dia pegang lajnah.

Maka dipertengahan ukhuwah serumah ni kami diuji dengan perangai Cik Diva. Dia mula berahsia, bayar duit sewa lambat, pergi kelas lambat, malam2 keluar pergi mana aku tak tau sebab dia ambik teksi. Kadang2 laki datang umah bagi gifts. Curious kan? Bila tanya nak gi mana dia kata ada kerja so kitorang buat dunno jelah. Kerja dia pandai2 dialah.

Sampailah berlaku satu benda, aku dengar kawan2 fakulti Mia mula pulaukan dia. Ada yang okey tu okeylah tapi yang sinis tu amatlah berat. Sampaikan kalau jumpa tu jeling pun tak. Mula2 mia cakap kat kitorang, tapi kitorang Sedapkan hati dia perasaan dia jalah kot. Lepas tu, makin lama aku nampak sendiri.

Ada satu hari aku teman mia buat reserach kat library. Adalah group dia kat situ sekali. Weh group dia haram tak bercakap dengan Mia. Jawab nak tak nak je. Cik diva ni satu kumpulan dengan si mia, tapi dia buat tak tahu je bila mia kena macam tu. Mia ni act cool jelah. Aku pulak yang beriya function buat tu buat ni tolong Mia.

Satu hari Mia balik awal. Aku kelas habis awal masa tu terkejutlah sebab dia ponteng kelas. Mia ni kalau bab kelas memang dia jaga, budak dekan. Sudah, Mia menangis bila dia nampak aku. Dia kata lecturer perli dia dalam kelas. Aku tanyalah presentation macam mana?

Dia cakaplah okey tapi lepas present Lecturer cakap memerli. BAGUS DAH PRESENTATION KAMU TAPI LAGI BAGUS KALAU TAK GUNA USAHA ORANG LAIN, BUAT SENDIRI.

aku nganga. Eh aku yang teman dia turun naik library siap buat kertas kerja dah kenapa lect cakap macam tu. Something fishy lah. Aku tanya dia, ahli group lain macam mana? PROF puji melambung especially cik diva. Aku mengelamun.

Maka bermulalah kerja2 mengintip Siasat aku. Aku tanya sorang2 ahli dalam group mia ni ada apa2 masalah ke sampai jadi macam tu. Kenapa next presentation diorang nak tukar group. Sha cakaplah kau tak nak pindah ke daripada duduk dengan perempuan talam dua muka tu? Dahlah takda hati perut. Bila dia cakap mia camtu aku yang panas.

Sepanjang aku satu sekolah dengan Mia, tak pernah lagi aku tengok mia ni sakitkan hati orang. Rajin pun rajin, kalau nak mintak tolong tu kau cakap je dia sebok pun dia mesti tolong. Bab duit jangan cakaplah kadang2 duit umah aku dia bayarkan dulu sebab adik aku spm mak aku kena guna duit.

Terbukaklah cerita cik diva cakap mia ni kat rumah tak masak. Lepastu berkira, dahlah tu otp dengan boyfriend sampai subuh. Hoi perempuan, mia tu satu bilik dengan aku, bukan dengan kau. Aku ni dia nak pergi tandas pun dia bagitau aku.

Aku tanya sha lagi, apa lagi cik diva cakap. Dia cakap dia syak mia ni guna orang dalam dapat dekan dua kali berturut turut. Mia tu kuat tidur bilanya dia belajar? Dahlah perangai tak senonoh, gelak kuat2. Laki pun tak nak dekat dia. Aku masa dengar tu rasa nak call cik diva ni pekik kat dia balik rumah sekarang sebab aku nak Settle siap2.

Aku tanya mia, dia tau tak apa yang cik diva ni cakap pasal dia? Dia cakap takda pun. Perempuan tu layan dia baik je kat u dengan rumah. Palibg sakit hati, cik diva ni selalu acah2 tanya mia ada masalah tak lepastu dia twist cerita sebarkan kat orang lain.

Bukan tu je. Dengan nama aku, nama cha semua diburuk-burukkan. Dia cakap kitorang ni endah tak endah je pasal dia kat rumah ni. Dia cakap kitorang ni pentingkan diri, makan tak ajak, takde common sense. Oh hello! Siapa yang takde common sense? Engkau tu makan dahlah tak basuh, baju kau belonggok dalam bilik sampai cha boleh baulah segala kelembapan kau tu. Dah basuh baju dekat sebulan baru kau lipat baju2 kau. Sibuk sangat agaknya jaga kecantikan muka sampai kebersihan tempat tidur terabai.

Sebelum ni cha diam je, tapi lepas kes ni sampai kat cha, dia mengamok sampai mogok nak tidur sebilik. Sebenarnya kalau korang semua nak tahu, cik diva ni cakap pasal diri dia sendiri kat korang. Yang dia burukkan tu diri dia sendiri. Eh, kawan2 aku takde pon perangai macam kau tulah. Hypocrite.

Aku diam je kat rumah nak tengok game dia macam mana. Kami semua tak cakap kat dia yang kami dah tahu apa yang dia cakap pasal kami. Saje nak tengok jauh mana bebal dia boleh pergi. Betul lah cakap Jep, perempuan yang cantik ni tak Semestinya bijak.

Cik Diva, kau nak tau? Aku tau kau letak recorder dalam bilik kau jadi kalau cha ajak berborak kau boleh dengar apa kitorang cakap pasal kau. kalau kau rasa kau bijak, kau kena tahu silap besar kau masuk rumah ni, serumah dengan aku. Aku akan protect kawan2 baik aku daripada fitnah kau tu. Dahlah kau burukkan kawan2 sendiri, lepastu kau buat2 cerita nak dapat ehsan orang. Sebab tu kawan2 laki kita semua asyik bagi gift makanan kat kau. Rupanya kau cakap kitorang ni generasi pemalas, generasi nasi bungkus. Bukan ke tu semua perangai kau?

Sekarang nibada sorang senior dah terpengaruh dengan cik diva ni. Dia pun jarang balik rumah sebab mabit rumah senior tu. Lantak kaulah cik diva, cuma aku nak kau tahu, rahsia kau semua dalam poket aku. Kau boleh check bilik kau ada recorder aku, I insist. Kau silap kalau kau rasa aku tak boleh buat apa yang kau buat dekat kawan aku. Kau boleh kutuk aku, tapi bukan mia. Mia tu kawan satu dalam seribu bagi aku. Bertaubatlah Cik Diva.. Sebelum Allah bukakkan semua satu2 apa yang kau tipu. Kalau rasa nak balik esok,baliklah. Kalau kau tak malu dengan kitorang. MIA RINDU KAU..

Untuk korang kat luar sana percayalah. Perempuan yang lemah lembut ni banyak kerenah, banyak rahsia.. banyak yang kau tak tahu. Sebaliknya yang jenis gila2, gelabah ni dalam hati dia tuhan dah bagi kelembutan. Aku taulah sebab aku lembut, aku menyetan. Bye.

Terima Kasih.

Cik Introvert

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply