Semasa

Lelaki dibelasah lepas rakam punggung wanita

Perkongsian

[​IMG]
Lelaki yang merakam punggung wanita dengan telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, cedera teruk dibelasah orang ramai. – Foto petikan Facebook

Johor Bahru: Seorang juruaudit berusia 27 tahun menerima padah apabila dibelasah orang awam kerana tertangkap merakam video punggung seorang wanita di sebuah pusat beli belah di bandar raya, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian 9.40 malam itu, lelaki itu yang cedera teruk di kepala dan muka, kini ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk rawatan lanjut.

“Rakan wanita itu menyedari perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit merakam punggung wanita 20-an itu dan menegur perbuatan suspek.

“Lelaki itu melarikan diri apabila perbuatannya disedari namun orang ramai berjaya menghalang dan menangkapnya sebelum membelasahnya,” katanya yang dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – Metro

[​IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply