Semasa

Lelaki habiskan RM4.4 juta untuk permainan Game of War

Perkongsian

[​IMG]
Aplikasi permainan ‘Game of War’

CALIFORNIA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki mengaku menghabiskan RM4.4 juta yang dicurinya untuk aplikasi permainan telefon bimbit ‘Game of War’.

Menurut laporan CNN, jumlah tersebut adalah sebahagian dari RM21.2 juta yang dicuri oleh Kevin Lee Co, 45, dari syarikatnya.

Kevin Lee yang bekerja di bidang industri dituduh melakukan perkara tersebut bermula pada Mei 2008.

Dia kemudian dilantik untuk menguruskan akaun syarikatnya dan menyembunyikan perpindahan wang sehinggalah Mac 2015 dan meninggalkan syarikat tersebut.

Selain berbelanja untuk aplikasi permainan, Kevin Lee juga membeli kereta mewah, tiket perlawanan besbol dan perlawanan bola jaring.

Dia juga mengambil rawatan pembedahan plastik, membeli perabot rumah dan keahlian golf menggunakan wang curi.

Kevin Lee mengaku bersalah atas dakwaan menipu transaksi atas talian dan penggubahan wang dan akan dijatuhkan hukuman Mei 2017.

Untuk kedua-dua tuduhan, Kevin Lee berhadapan 40 tahun penjara maksimum. – Sinar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply