Inspirasi

Lonely, i am mrs lonely – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Lonely, I am Mrs Lonely

Assalamualaikum and hi.
Harini aku nak confess pasal diri aku. Aku perempuan, umur awal 20-an & sampai sekarang aku rasa aku takde kawan yang betul-betul rapat. Aku buat confession ni bukannya apa, kadang-kadang aku tengok orang lain ada a group of friends yang diorang betul-betul rapat, bila kahwin ada bridemaids ramai-ramai, pergi travel dengan kawan-kawan, bila birthday/engaged/pregnant, ada kawan-kawan buat surprise bawak belon besar makan tempat best-best amek gambar cantik-cantik. Haha aku taklah jeles pun.
Aku happy je dengan life aku sekarang, cuma tu la bila tengok life org lain kat media sosial ni, aku terdetik lah best jugak bila hidup ada ramai kawan camtu.

Aku ni sejak dari sekolah lagi aku perasan yang aku susah nak betul-betul rapat dengan orang. Tapi aku bukanlah loner sangat ke apa haha. Aku ada ramai je kawan time study dulu. Seriusly bila time dekat sekolah/kolej/uni, aku memang akan jadi kawan yang baik, aku tolong kawan-kawan aku, dengar masalah diorang, buat roadtrip/kerja gila sama-sama. Aku rapat lah dengan kawan-kawan aku masa tu.

Tapi aku ni sangat fail nak keep in touch dengan kawan-kawan aku lepas dah habis sekolah/kolej/uni. Kat sosial media pun selalunya aku jadi silent reader je. Kalau diorang mesej aku pun, aku yang kadang-kadang distancekan diri aku dari diorang. Kau tahu macam watak Beca dalam filem Pitch Perfect tu? Bila Jesse cakap dekat dia You push away anyone who could have possibly care about you. Time tu memang aku rasa dia tengah describe pasal aku. Haha.

Sebab dalam banyak-banyak kawan aku time study dulu, takde satu pun yang aku betul-betul rapat dan boleh percaya dan luah semua benda. Selalunya diorang yang banyak luah dekat aku. Kecuali ex-bf aku dulu. Dia je la yang aku boleh cerita semua benda. Sampai aku stress sebab mak bapak aku gaduh pun aku cerita kat dia. Haha. Tapi aku rasa sebab tu lah Allah biar aku clash dengan dia. Sebab Allah kan tak suka bila kita terlalu bergantung dekat benda lain selain Allah. Tapi sedih gila bila clash tu. Yela rasa macam hilang bestfriend. Dah 5 tahun clash pun aku rasa macam tak move on lagi.

Sekarang ni dah setahun aku habis belajar dan dah kerja pun, dan makin hari aku rasa aku makin takde kawan. Yelah bila semua dah ada life masing-masing, aku lagi lah fail nak keep in touch. Nak whatsapp, nak komen-komen kat social media pun tak sempat dan aku sendiri jenis yang malas nak bersosial alam maya ni. Aku ni jenis suka jumpa depan-depan je. Kalau ada yang ajak lepak aku on je la. Tapi sebabkan aku selalunya senyap je dekat alam maya ni, diorg pun takdela nak initiate sangat benda-benda ni dengan aku. Sampai kawan aku kahwin haritu pun dia lupa nak ajak. Padahal geng kami yang lain semua dia jemput. Haha. Tapi aku ok je lah sebab dia pun kahwin senyap-senyap je. Dah aku yang tak merapatkan diri, memang layak lah dilupakan kan. Haha.

Dan bila aku sekarang dah duduk dengan family, aku banyak spend time kat rumah je. Tapi family aku taklah besar mana, cuma sebab semua ada kat rumah ni, mak ayah aku pun ada lagi, aku lagi suka duduk rumah je lah. Kalau keluar pun dengan family. Yang tak boleh blah bila kawan aku cakap aku selalu busy sebab ingatkan aku keluar dengan geng aku yang lain. Padahal dengan geng mana-mana pun aku tak rapat sekarang ni. Haha.

Senang cakap aku ni jenis family type kot and introvert sikit. Tapi orang yang pernah aku rapat dulu tak percaya pun bila aku cakap aku ni introvert sebab nampak gaya macam gila-gila la jugak and jenis yang berani cakap kat depan. Kerja aku sekarang pun banyak deal dengan orang. Tapi tu la, introvert in the sense of prefer to spend time alone and susah nak bagi orang masuk dalam hidup aku.

Jadi tu je la confession aku. Aku tahu takde apa pun, ada banyak lagi masalah dalam dunia ni yang korang kena fikir. Aku pun sebenarnya happy je dengan life aku sekarang. Cuma aku share ni in case lah kalau orang lain pun spesies macam aku jugak, boleh la komen kat bawah supaya aku taklah rasa loner sangat haha. Atau kalau korang belajar psikologi ke dan rasa aku ni ada disorder ke apa, boleh la diagnose aku sekarang haha. Tu je. Tq baca smpai habis.

Miss Loner

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply