Inspirasi

Nak malas pun, malaslah selepas hujan turun dari langit – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Nak Malas Pun, Malaslah Selepas Hujan Turun Dari Langit

Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Admin IIUM Confessions kerana sudi approved confession saya kepada umum. Ruangan ini banyak informasi yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada masyarakat.

This story, I got from my best friend. I just wanna share. Sharing is caring. He now dah jadi usahawan muda yang berjaya. He told to me this story and I realised we can moved this world if we find the key and work harder. Very Inspiring. Jangan malas. Malas, malas pun malas lah selepas hujan turun dari langit. Just kidding.

Aku punya kawan yang bernama si A (kiranya, huruf pertama dia). Si A ni, pelajar yang sangat nakal dan gila-gila punya orang. Bab-bab mengurat gitu, perhhhperempuan yang cantik sekalipun cair dengan kata-katanya. Hobi si A ni kalau pergi kuliah or pergi mana-mana seperti majlis, sukan, hacking, lawat universiti lain.., kerjanya kalau bukan mengurat, usik kawan lelaki or perempuan. Biasalah, dalam dewan kuliah si A ni, asyik dengan phonenya (Whatshap, Instagram, Facebook, Twitter, Wechat)apa-apa saja yang berkaitan dengan sosial maya, semua ada. Nak sebut semuanya, tak payah.

Si A ni dalam pelajaran kadang-kadang kantoi. Kadang-kadang sederhana saja. Tidak pernah dapat pointer tinggi. Sehingga lah pengajian akhirnya, si A hanya memperolehi CGPA 2.80. Waktu si A graduated, dia senyum saja dengan kawan-kawannya. Kalau kawan-kawannya tanya berapa pointernya, dengan bangganya si A menjawab 2.80 walaupun perasaan malu menyelubunginya. Kelebihan si A ni, dia tidak pernah berselindung or bersembunyi disebalik wataknya. I mean, kalau kawannya minta tolong, minta pendapat, nak tanya berapa result, nak tanya ada girlfriend; Semua dijawab dengan jujur even keadaan family dan persekitarannya. Tapi si A ni tak suka diejek; pantang dan pantang diejek.

If u nak ejek si A nihmm, confirm, dia tak lawan cakap orang itu but dia lebih suka diam. Pendam or dia cerita sama kawannya. (nak lawn tu, perasaan ada juga tapi belum tiba masanya) Selalunya, dia akan bercakap-cakap dan kemudian diam (kiranya begitu saja) atau dia akan cakap seperti ni; (kau tengok lah satu hari nanti.) Selepas daripada universiti, kawan-kawannnya yang dapat pointer 3.7 and above dapat kerja kerajaan. Si A masa tu masih lagi tanam anggur (menganggur) di kampung. Menyesal tu ada juga dalam perasaannya. Tapi tu lah hakikatnya.

Lebih kurang 3 tahun si A tanam anggur, akhirnya dia buat keputusan untuk buat bisnes kecil-kecilan di kampung; banyak lah si A buat bisnes; tanam sayur, nanas, halia dan banyak lagi. Kemudian, apabila semua tanamannya matang, dia menjualnya kepada orang kampung ataupun dia akan menjualnya dipekan-pekan kecil seperti tamu (tamu bermaksud tempat untuk menjual hasil tanaman, hasil tangkapan laut, kraftangan, atau lebih dikenali sebagai aktiviti jualan produk tempatan).

Dalam 3 tahun tu, ramai juga orang kampung tanya; lepasan U tapi belum dapat kerjahmm dan yang paling pedas sekali; ada masyarakat sekeliling ni yang sengaja cari pasal- (Kau masuk U tapi tiada kerja, bikin habis duit ibu bapa saja). Ada yang copnya sebagai pemalas sebab duduk rumah, tidur makan. Tapi si A ni, selalu juga bantu ayahnya di kebun. Entahlah apa pandangan masyarakat. Pelik tapi benar. Selepas menghadapi perit derita dengan kata-kata masyarakat sekeliling, si A tetap ceria dan selalu bergurau senda dengan kawan-kawannya dan masyarakat sekeliling.

Uuhhh, panjang sangat sudah ni sharing. Direct to point. Berniaga actually sudah lama bertapak di hati si A. Si A terlibat dengan perniagaan semenjak form 3. Ayahnya selalu berniaga. Ayah si A seorang petani. Kehidupan diorang sangat complicated. Susah lah digambarkan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Perasaan si A sangat sedih dan menyesal. Dia menggambarkan masa di U, kalau lah dia buat yang terbaik tapi

Berjinak-jinak dalam perniagaan membuatkan si A berubah sepenuhnya. Aku mesti ada visi misi katanya. Si A mengaplikasikan jiwa raga dan keringatnya dalam perniagaan. Si A bermula dari bawah. Dia menjual-jual hasil tanaman dari kampung ke pekan. Kadang-kadang dia menjual kuih yang dibuat oleh ibunya. Perasaan malu ada juga semasa menjual tu sebab terjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kadang-kadang terjumpa dengan member. Serius, ni yang paling aku malu; sebab diorang member aku masa di universiti. Ada yang berjawatan tinggi dan kerja dgn kerajaan. Setiap hujung bulan, gaji masuk. Kereta besar. Rumah pun wow

Mengikut cerita si A ni, ada juga kawannya yang mengusik sampai dia pun terasa tapi sabar sajalah.Katanya, ni saja kerja kau. Kau tidak apply kerja ke. Kalau saya di tempat si A, memang panas. Mulut saya sudah mulabangang punya orang. Ni pun kerja juga. Dipendekkan cerita; si A banyak membaca buku-buku berkaitan dengan perniagaan dan usahawan yang berjaya. Si A ikut kursus yang berkaitan dengan perniagaan. Dia meneguk ilmu perniagaan sebanyak mungkin. Semasa si A berniaga, jatuh bangun biasalah katanya, semua asam garam ditelan hidup-hidup. Sehinggalah sekarang, si A adalah pengusaha tanaman seperti halia, nanas dan kelapa sawit yang berekar-ekar serta businessman yang berjaya; berpendapatan tinggi (Gajinya tak perlu dinyatakan, nanti dia marah). Dan katanya lagi, dia dalam proses menjadi antara pengusaha hotel terkemuka di seluruh negeri.

Saya tidak mahu sambung lagi; pesan saya kepada masyarakat diluar sana, tak kiralah pointer kau tinggi ke, kerja dengan kerajaan dan berjawatan tinggi ke, gaji besar keada aku kisah. Yang penting, changed yourself, enjoy yourself, work harder, jangan malasberusahalah jangan tidur makan saja, tolong ibu bapa kalau tiada kerja. And kalau dah masuk U tu berusaha betul-betul, jangan bazir duit ibu bapa. Pesan kepada masyarakat yang melemparkan kata-kata si A; dont judge a book by its cover..

Kepada A;
Kalau kau terbaca cerita ni, jangan marah ya. Sharing just caring.

Ikhlas daripada Jack. Thank you so much admin.

Jack

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply