Semasa

Sultan Kelantan diisytihar Yang di-Pertuan Agong Ke-15

Perkongsian

[​IMG]
[​IMG]
Ketua Pasukan Gendang Besar Istana Kelantan, Zaiduna Jauhar (berdiri) memberi taklimat kepada ahli kumpulannya ketika mengadakan latihan lagu Raja Berangkat sebagai persiapan untuk majlis keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke Istana Negara, di Istana Balai Besar, Kota Bharu, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara esok.

Upacara sambutan di ibu negara dijadual bermula dengan istiadat keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 pagi.

Keberangkatan tiba Sultan Kelantan, 47, itu akan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan serta isteri, Datin Seri Raya Erom.

Menurut buku atur cara istiadat, rombongan diraja kemudiannya akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Me*layu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan esok ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktoberlepas dan akan menduduki takhta bagi tempoh lima tahun bermula esok.

Upacara sambutan dan pengisytiharan Seri Paduka akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV1, Radio dan Televi*syen Malaysia. – BERNAMA/Utusan

_________________

Bendera Yang di-Pertuan Agong dinaikkan di Istana Balai Besar

[​IMG]
ANGGOTA tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi (kanan) dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim diiringi oleh enam anggota Batalion Ke-5 Rejimen Renjer Diraja menaikkan bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V yang dikibarkan di Istana Balai Besar di sini pada pukul 12 malam tadi. – Foto Fathil Asri

KOTA BHARU: Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V dikibarkan di Istana Balai Besar di sini, pada 12 malam ini.

Istiadat menaikkan bendera itu dilakukan oleh dua anggota tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim.

Istiadat itu turut diiringi oleh enam anggota Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja.

Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selama lima tahun, bermula 13 Disember. – BERNAMA/BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply