Inspirasi

Tip menulis confession daripada pembaca tegar – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tip Menulis Confession Daripada Pembaca Tegar

Tips menulis confession
(Daripada pembaca tegar)

Pertama sekali terina kasih kepada confessor2 yang sudi berkongsi cerita kepada netizen2 ni. Cuma banyak tips nak bagi ni sebab kengkadang cerita dah best dah tapi ada beberapa benda yang spoilkan minat untuk pembaca terus membaca.

1) gunakan nama sebagai contoh

Majoriti confessor taknak guna nama sebenar dalam cerita mereka. Tapi tolong jgn gunakan huruf sebagai nama. Reka nama samaran untuk memudahkan pembaca. Tak serabut.

Contohnya, lepas aku jumpa si A aku dah rasa sesuatu. Kemudian aku bagi tahu C. Aku ceritakan semuanya dan janji dgn si C untuk tak beritahu si B tapi C ni pula boleh cerita ke Z. Nampak tak? Serabut. Guna nama baru comey sikit. Nora ke mira ke mail ke. Senang otak nak proses.

2) cerita dengan detail

Ni banyak kali berlaku. Confessor sangat ghairah nak cerita sampai ke ending tapi lupa cerita dengan detail. Ada juga sesetengah yang sengaja nak cerita samar2 sebab nak tutup aib. Akak nasihatkan, cerita je dengan detail supaya kami paham cerita. Kami takkan tahu la identity confessor.

Meh akak bagi contoh cerita:
Lepas family kami dah alami sesuatu masalah yang teruk disebabkan minah ni. Kami dah jadi fed up. Tergamak dia buat begitu dekat family kami. Sy nasihatkan supaya jangan ikut perangai minah ni.
*cop! Perangai apa? Apa yg dia buat? Tak paham kan? Tapi perkara ni selalu muncul. Buat spoil mood nak baca. Huhu. Menci.

3) jangan bagi intro yang berat
Yang ni pun satu hal juga. Dalam satu perenggan intro dia terangkan semua. Pening kepala pembaca nak ingat semua detail sebelum membaca.

Meh akak bagi contoh lagi,
Intro: nama aku mira. Umur 25 tidak berkerja. Aku duduk di kampung. Jiran aku ni namanya fatimah. Fatimah ni ada akak namanya joyah. Joyah pulak ada kawan baik nama maimunah.
*serabut nak baca.

Jadi macam mana nak tulis kalau dah memang cerita tu putar belit? Perkenalkan character secara perlahan2 jangan main booom sekali 5 watak dalam intro.

Contoh: nama aku kira. Umur 25. Aku tinggal di kampung.. bla bla bla. Kemudian aku terjumpa jiran aku bernama fatimah. Fatimah ni baik orangnya bla bla bla (sanbung cerita). Fatimah ni ada akak yang bernama Joyah (pastu sambung cerita)

4) bagi tips atau pesanan menggunakan point
Haha. Yang ni untuk confessor yang suka bagi nasihat. Artikel2 berbentuk nasihat ni berat sikit. Jadi pembaca mudah pening atau malas bila membaca.

Jadi jangan masukkan point2 nasihat anda tu dalam satu perenggan. Buat nombor dan satu perenggan satu point. Supaya senang pembaca nak cari isi penting. Peace yo.

5) jangan malas menulis
Yang ni satu masalah yang berat. Bak kata orang potong stim bila tengah membaca.

Biar kak bagi contoh:
Tenga baca artikel seram ni. Mata pun tengah terbeliak tgok fon. Tiba2 penulis cakap ada banyak lagi perkara seram yang terjadi tapi aku malas nak tulis aishh. Potonglah. Selalu terjadi buat hati jadi benci. Huhu.

Sekali lagi, terima kasih confessor2 yang sudi berkongsi cerita kepada pembaca2 mcm akak ni.

Pembaca tegar,
D.

D.

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply