Semasa

Viral bas ekspres memotong di garisan berkembar

Perkongsian

[​IMG]
SEBUAH bas ekspres memintas treler di garisan berkembar sehingga membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Ranau-Telupid.

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang menyiasat video sebuah bas ekspres memintas treler di garisan berkembar sehingga membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Ranau-Telupid.

Video berdurasi 11 saat itu menjadi viral di laman sosial termasuk WhatsApp sejak Ahad lalu.

Pengarah LPKP Sabah, Arfian Julian, berkata pihaknya sudah menerima laporan mengenai video itu dan sedang menyiasat.

“Kita menerima video yang bertarikh 11 Disember dengan kejadian dicatatkan pada jam 11.39 pagi membabitkan sebuah bas ekspres yang cuba memotong sebuah treler di kawasan berselekoh di Jalan Ranau-Telupid.

“Buat masa ini kami telah memulakan siasatan dan telah menghubungi syarikat pengendali bas yang berpangkalan di Semporna. Kita juga sudah mengambil keterangan,” katanya di sini, hari ini. – BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply