Semasa

20 ditahan tak berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan

Perkongsian

[​IMG]

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 20 orang ditahan di India kerana gagal berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan di pawagam, lapor pihak polis hari ini, dua minggu selepas mahkamah mewajibkan lagu itu dimainkan.

Mahkamah Agung menetapkan pada 30 November lalu semua pawagam di negara itu wajib memainkan lagu kebangsaan sebelum tayangan dimulakan dan penonton perlu berdiri ketika ia sedang berkumandang.

“Semua pawagam di India wajib memainkan lagu kebangsaan sebelum filem ditayangkan dan semua yang hadir di pawagam wajib berdiri untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lagu kebangsaan,” kata hakim.

Menurut polis, 12 orang ditahan semalam ketika festival filem antarabangsa di Kerala kerana gagal mematuhi perintah itu.

“Mereka ditahan secara rasmi dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin,” kata Ketua Polis Thiruvananthapuram, Kerala, Sparjan Kumar. – AFP/BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply