Semasa

5,900 mati dibunuh dalam 5 bulan pemerintahan Presiden Filipina

Perkongsian

[​IMG]
Antara penagih, pengedar dan ahli sindiket dadah dan suspek yang dibunuh sepanjang pemerintahan lima bulan Rodrigo Duterte.

MANILA – FILIPINA. Perang terhadap dadah yang dilancarkan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kini mencecah 5,927 sejak lima bulan beliau dilantik.

Menurut laporan Dailymail, Duterte, 71 bukan sahaja tidak akan berhenti, malah menggertak ‘musuh’, pengedar dan pengguna dadah supaya berhenti mengedarkan ‘najis’ berkenaan.

“Mereka kata saya bunuh terlalu banyak. Anda mahu ia berhenti? Berhentilah gunakan dadah,” kata Duterte.

Duterte menambah, selagi penyalahgunaan dan pengedaran dadah berleluasa, sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru ‘tidak akan aman’.

Sebelum Duterte dilantik Mei lepas, beliau telahpun memasukkan operasi perang terhadap dadah dalam manifestonya.

Julai lalu, hampir 60,000 penagih dadah menyerah diri kepada kerajaan selepas Duterte ‘menggalakkan rakyat Filipina membunuh pengedar dan penagih dadah’.

Setakat ini, 2,086 maut dalam operasi polis manakala 3,841 penagih, pengedar atau ahli sindiket dadah dibunuh oleh orang awam sendiri.

Orang awam yang disahkan membunuh suspek dadah pula akan diberikan ganjaran wang tunai.

Lebih 40,000 suspek telah ditahan dan masih disiasat.

Septembar lepas, Duterte ‘dengan gembira’ mengumumkan akan membunuh sendiri 3 juta penagih dadah di Filipina.

“Saya tak akan berikan alasan atau kemaafan. Saya akan jawab kepada Tuhan bila saya berhadapan dengan-NYA,” kata Duterte. – Sinar

[​IMG]
[​IMG]
[​IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply