Inspirasi

Bahana reunion kawan lama – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Bahana Reunion Kawan Lama

Assalamualaikum , pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membaca cerita aku, dan terima kasih juga kepada admin sebab tolong siarkan cerita aku.

Aku nak cerita pasal bahana reunion kenalan lama aku anak kedua dr 5 adik beradik, dari kecik kami membesar dengan mak sebab ayah selalu outstation , so bila kami semua dah besar, ayah pun dh jarang outstation,katanya sekarang waktu untuk luangkan masa bersama family , tapi semua berubah bila aku beranjak masuk form 4(2013) time ni bapak aku still outstation sekarang aku dh umur 20tahun, semua terjadi bila mak aku pergi reunion sekolah lama dia , kiranya waktu ni ,bpk aku tkde kat rumah ,kami pun dah besar so mak aku kata dia dah taknak jaga anak2 ,(jaga kt sini maksudnya bkn dia tk hiraukn kami tp dia nak kami jaga diri masing2) sbb dulu dia dah kena jaga kami semua so sekarang waktu dia rilek lepak2 ,keluar dgn kawan dia semua, nak dijadikan cerita, masa first reunion mak aku jumpa la kawan2 dia time sekolah dulu2, kenal balik ,ada whatsapp group pesemua, so every sabtu or ahad dia dgn kawan2 dia akan keluar pergi karok ,pergi dinner la, pergi lepak la seseolah dia pula mcm remaja , kitaorg adik beradik ni mcm orang tua pula kena ddk rumah tak keluar ,keluar tu keluar tapi tahu limits nak balik rmh balik .

Start dari haritu aku dah syak something first , dia ada sorang kawan dia, kiranya mcm bestfriend dia la ,tapi janda , so kalau tk keluar dgn geng dia mesti dia keluar dgn kawan dia yg perempuan ni , so haritu aku ikut dia keluar sekali dgn kawan dia ni, pastu dorang ada cerita dgn kawan dia ni dpn aku ,mesti dorang cerita psl si a dgn bini bf ,kononnya bini dia jealous dgn mak aku sbb mak aku rapat dgn laki dia, tapi takpala mungkin time tu firasat aku je kut . second aku perasan mak aku ni ,dia suka masukkn katakata cinta, kata kata sedih (bila dia gaduh dgn jantan tu) tapi yang pelik bkn utk bapak aku ,then bila dia post katakata sedih aku mcm pelik sbb bunyi mcm dia tengah kecewa , and sedih seseolah dipermainkn ,tapi yang pelik dia tak gaduh dgn bapak aku , tapi aku diamkn juga mungkin time tu aku fikir mak aku sesaja je kut post benda2 mcm tu . So yang third , dia suka bad mood , mood dia tu bila datang nak marah orang semua dia nak marah , sbb bila gaduh dgn jantan tu mesti kami jadi mangsa and semua org sekeliling dia marah, ada satu haritu aku nk pergi kolej time ni , mak aku tak kerja haritu , tetiba aku dengar ada org menjeri, rupanya mak aku ,pastu nangis teresak2 aku dah pelik la dalam hati aku aik dah kenapa dia time tu mak aku tk perasan aku keluar bilik aku, bila aku tutup pintu bilik mungkin dia dgr so dia senyap lps tu ,tp time aku mls nk tnya , petang tu dia post ayat2 sedih mcm kecewa la kt insta dia , haa time ni aku dh syak ada something , utk pengetahuan korang dulu mak aku ni sekolah menengah kt pondok , sepatutnya tak mcm ni perangainya ,mungkin dia kejutan budaya , yang geng dia dr dakdak sekolah rendah,aku pun pelik asal dia tak cari kawan sekolah tadika dia sekali jee haha sedangkn aku nak cari kawan sekolah remdah aku susah nk jejak balik tapi dia kemain senang haha. Tapi tula sekolah je pondok belajar je akhlak semua tapi cara dia bercakap dengn anak dia ,pantang salah sikit ,semua dia maki , dia kan mak kalau mak ni kalau apa yang keluar dr mulut dia mesti la tak elok kn ,apatah lagi dgn bapak aku langsung tkde adab, kekadang babi ,bodoh ,orang tua la (baapk aku) kekadang sakit hati dgr dia ckp mcm tu.

Awal 2014 ,aku terdetik nak buka phone dia,memula curi2 tgk password dia then time dia tinggalkn phone dia ,aku buka senyap senyap alangkah terkejutnya bila aku baca convo dia dgn jantan tu , dah la luncah pastu rupanya dorang pun pernah berzina ,bila baca aku tak sangka perangai mak aku mcm ni, sedih tgk , dia didik aku tapi kenapa dia jadi mcm ni sekali, aku pun amik gambar sebagai bukti nak tunjuk kt bapak aku . so tekaan aku selama ni mmg betul la, yela bayangkn mak aku takgaduh dgn bapak aku tapi bila dkt instagram dgn fb asyik post katakata sedih mcm org putus cinta , mcm seseolah tgh gaduh dgn someone ,sampai sedara mara semua tanya ibu gaduh dgn ayah ke , kenapa posted ibu sedih sedih aku pun time tu tktahu nak cakap mcm mana.
Bila aku dah dapat bukti ,kononnya nak slowtalk dgn ayah aku la nak tunjuk bukti tapi aku tengoj muka bapak aku ,aku jadi sedih start tu aku jauhkan diri dari bapak aku sebab aku rasa berdosa sgt sbb sembuyikn perkara ni dkt dia, aku banyak diamkn diri dgn dia , bila bapak aku sweet2 dgn mak aku,aku jadi sedih seseolah mcm mak aku tk rela pun semua tu ,sbb mungkin hati dia bkn dkt bapak aku dah, cara dia tu mmg sayang sangat kat mak aku, semua dia sanggup buat utk mak aku. sampai satu tahap which is bulan lepas, mak aku gaduh dgn bapak aku sampai nak lari rumah benda kecik je tapi mcm besar , time ni aku rasa mungkin jantan bodoh tu yang hasut , so aku bagitahu bapak aku semuanya, sbb aku tk sangup nak tgk mak perbodohkan bapak aku sampai mcm tu sekali , bila semua benda aku cerita kat bapak aku , bapak aku terkejut sgt nasib baik dia percaya kt aku sbb dia pun ada syak something kat mak aku selama ni ,bila semua dah terbongkar siapa lagi yang paling sedih bapakk aku la paling sedih , bila bapak aku tanya mak aku pasal benda ni , mak aku marah sangat sbb yela mungkin dia tertnya mana bapak aku tahu , dia persoalkn semua apa yang bapak aku tnya psl jantan tu ,dia tuduh bapak aku buka phone dia la apa la, sepatutnya mak aku tkpyh la persoalkan benda benda mcm ni balik kat bapak aku mcm seseolah bapak aku soal anak dia kenapa cpl dgn jantan tu ?? yang ni bini kut,bini pula marah bila suami buka phone bini sendiri aduhh parahhh, pergi jela minta maaf dgn bapak aku dan mengaku je , ni tak dia boleh marah marah bapak aku lagi adalah haih . Sepanajng 20tahun aku hidup dgn bapak aku ,tak pernah aku tgk dia nangis , tapi lps kejadian ni aku tgok dia nangis sayunya tgk bapak sendiri mcm tu, sbb he doesnt deserve this ,dia baik orangnya, tak pernah marah2 , lemah lembut je cakap, orang semua suka dia, cakap dgn kami pun baik takde nak marah2 maki2 ke, tangungjawab pun dia tak pernah abaikan,kiranya dia kerja dia tinggalkn kami sekeluarga tu pun sbb nak bagi kami hidup mewah, tapi mak aku marah bila bapak aku tnya kenapa buat mcm ni , jawapan mak aku sebab bapak aku tkde masa dgn dia, terlampau busy dgn kerja tapi dia lupa ke bapak aku buat semua ni utk dia juga,dia juga yang suruh masa dulu kami susah, sampai bapak aku tersinggung la juga bila bapak aku cerita kat aku masatu , bapak aku ni dia takdela sweet mana , tapi aku tgk dia try nak jadi sweet ,buat kelakar la, beli hadiah la apala , tp mungkin mak aku tk nmpk , pastu bapak aku ckp kt aku , setakat jantan bodoh tu sayang sayang siket,sweet2 sikit mak kau dah cair mcm la kenyang bila jantan tu ckp sayang,sweet dgn dia semua tu ,mcm la selama ni mak aku senang ,dapat duit bila jantan tu ckp sayang skt, sweet skt , aku gelak je haha , Jantan bodoh yg kacau family aku ni , entah anak bini makan ke tak kat rumah entah sibuk bercinta je ,main phone kacau bini orang dasar bodoh. kalau mak aki selama ni dia tak kacau duit ayah aku takpa , tapi semua benda nk branded , kereta setiap tahun tukar , rumah nak renovated kasi besar bayar guna apa semua tu ??? Duit gaji dia?? Duit jantan tu ke ??? Mesti la ayah aku !! Bertapa untungnya aku bila dia beli kereta utk aku ulang alik dr kolej ke rumah,kereta yang dia beli untuk aku bukannya biasa2, kekadang aku tk reti bersyukur aku siap ckp tak larat nak bawak kereta sbb jem, so dia sewakan kondo dkt dgn kawasan kolej aku padahal rumah family aku dgn kolej takdelah sampai 1jam like 45minutes je tu pun kalau tak jem , mungkin dia taknak aku kena bgn awal pagi sebab nak kena redah jem ,so dia sewala rumah utk aku dgn kawan2 tinggal so kawan2 aku agak beruntung sbb takyah ddk hostel , ,dorang ddk je dgn aku, transport free , makan je la tak free kami kena masak or makan luar, then 2minggu lps, pukul 3pagi mcmtu ,sbb aku terjaga ,aku keluar bilik tgk bapak tgh solat , cara dia berdoa pada Allah sangat la sedih, teresak2 ,tersedu2 mengadu kat pencipta dia mungkin ada sebab Allah bagi ujian mcm ni dkt dia , dia terasa teraniaya dgn mak aku , mungkin dia percayakan bini dia 100% tapi kesudahannya ,kesian sangat sampai air mata aku keluar tengok dia, kalau mak aku tgk ,apa perasaan mak aku bila dia tgk bapak aku mcm tu? dia tahu tak bapak aku terseksa jiwa raga dia? Tapi dia nyenyak je tidur mcm seseolah dia buat dosa kecil ,berzina dgn laki orang and dia bini orang bukannya janda ke anak dara ke ,BINI ORANG !! TAK MALU KE !! HAIH GERAM AKU . ada satu haritu dia ketuk pintu bilik aku pukul 2 pagi , aku pun keluar tgk tgk dia tengah nangis , Yaallah time tu aku tanya ayah kenapa nangis ni, bapak aku peluk aku lama gila , lahai time tu basah baju aku sbbkn air mata dia, time ni mmg aku nmpk bapak aku sedih sgt tp dia tktahu nk describe mcm mana,masa dia nangis tu dia tak ckp pape dia just usap kepala aku then dia kata takpala pergi tidur, pastu dia keluar aku jadi mcm kaku . mungkin dia nak lepaskn kesedihan dia kat aku dgn cara menangis,but its okay la.

Sepanjang sebulan ni mmg bapak aku tak tidur semua sebab mak aku, tapi aku tgk mak rilek je still whatsapp ,main phone, laki tu still like gambar mak aku , mcm nothing happen ,kekadang geram juga dgn mak aku, mak ni orangnya solat tapi kenapa dia perangai mcm ni?? dia solat mesti dia takut dgn Allah tapi bila buat maksiat tak takut pula ?? mana iman dia selama ni, mana dia letak agama dia, mana letak status dia sebagai isteri dia ? Disebabkn jantan tu dia lupa semuanya termasuk dgn anak dgn suami. Jantan tu pun bodoh , ada sekali bapak aku jumpa dia , main salah menyalah pula dia , katanya mak aku yang gatal , sayang kat dia pesemua . Yang mak aku ni kata dia yang gatal , yang mesej dia dulu la apa la. Dedua bodoh ingat remaja ke nak cpl2 ,bila bpk aku tnya ada ke niat nk kawin ? pastu jantan bodoh tu kata takde pun just sukasuka wht the hell? umur dah nak masuk 50an kubur pun dh kata mari , kau boleh lagi hidup mcm remaja dgn maksiat pesemua tu? Aku yang umur 20 tahun ni pun tkde bf lg. Sekarang ni pun aku tengok mak aku baran sangat dgn bapak aku, cakap pun kasar2 tapi yang pelik bapak aku ni tahan sgt dgn perangai dia , pernah sekali aku tnya kenaap ayah taknak ceraikn ibu ? dia just ckp je biar Allah je balas kita doakna ibu je ye . Yaallah baiknya la bapak aku ni .YaAllah kau balas la balik kebaikan yang bapak aku buat sekarang , kesabaran dia dgn anak2 dia isteri dia , kau panjangkan la umur bapak aku tengok anak2 dia berjaya, kau murahkan la rezeki dia, kau berila kesihatan yang baik utknya , kau hapuskanla kesedihan dan kesakitan yang dia hadapi sekarang ni, kau ampunilah dosanya aminn !!

Cerita yang aku cerita ni bkn aku nk burukkn mak aku dan aku doakan mak aku berubah, kalau ibu baca ni ibu tak perlu tahu saya siapa ,saya tahu ibu ada dalam ni , kurangkan la marah / caci maki ibu tu pada anak2 or ayah , takut suatu hari nanti bila Allah tu tarik balik kecantikkan yang ibu ada sekarang, kekayaan yang ibu ada sekarang , nikmat berjalan dimana ibu sedang berjalan sekarang ni ,nikmat merasa yang ibu sedang rasa sekarang ni, dan lain2 nikmat yang ibu ada ni dah takde , kami adik beradik la yang akan jaga ibu tapi mungkin dalam keadaan benci pada ibu sendiri , sebab ibu kena ingat mana datang kami ni adalah dari corakkan ibu juga , takut ada yang maki bermaki sesama sendiri sbb taknak jaga ibu, sebab time ni ibu dah takde apapa dh,yang ibu ada KAMI , buatnya ayah dah takde hati dgn ibu time ni, mungkin ibu akan terkotang-kating , saya bukan berdoa nak ibu keadaan mcm ni ,tapi ibu kena igt tak semua orang akan selamanya akan tahan dgn ibu kalai peramgai ibu mcm ni, berubahla ibu selagi ada peluang ,peluang hanya datang sekali , jangan tersilap langkah dgn apa yang ibu buat , kalau ibu rasa takde kami pun takpa? Hidup ibu bknnya kat atas selamanya suatu hari nanti ibu akan kebawah juga, ibu rasa kalau ibu susah kawan2 ibu akan tolong ibu ? percaya la ibu takkan ada kawan ibu yang ada dgn ibu bila ibu dlm keadaan susah, maybe utk 5hari 6hari tapi bkn selamanya . and jantan bodoh tu nak tolong ibu? pun jangan mimpi kalau dia sayang ibu, dia takkan buat bini dia mcm tu , bila2masa je dia boleh buat ibu mcm mana dia buat bini dia .

-sadyyf

Saddyf

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply