Semasa

Datuk suspek utama kes bunuh Bill Kayong didakwa hari ini

Perkongsian

[​IMG]
[​IMG]
SUSPEK utama kes bunuh Bil Kayong tiba di Lapangan Terbang Miri jam 10.45 pagi tadi selepas berjaya di tahan di China. – Foto Kandau Sidi

MIRI: Selepas 172 hari bersembunyi di tiga negara, perancang utama bergelar Datuk dalam kes bunuh Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong, ditahan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, jam 2 petang ini.

Suspek berusia 45 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Miri jam 10.45 pagi tadi, diiringi Ketua Jabatan Siasatan Sarawak, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar.

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dev Kumar yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Miri berkata, polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas dan mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Kita akan berusaha mengesan lelaki itu dan yakin dapat menahan suspek,” katanya.

Beliau berkata, perancang utama kes itu melarikan diri ke Australia, Singapura dan China sebelum ditahan dengan kerjasama Polis Antarabangsan (Interpol).

Dev berkata polis Sarawak bersama dengan seorang pegawai Interpol telah berada di Fujian, China sejak Khamis lepas bagi menguruskan pengusiran ‘Datuk’ itu.

“Suspek tiada dokumen perjalanan yang sah menyebabkan diusir keluar dari China kerana Jabatan Imigresen telah membatalkan pasport milik suspek atas permohonan polis Sarawak,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Miri.

Dev berkata berdasarkan siasatan, suspek telah berada di Fujian Province, China sejak 18 Julai lalu. – BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply