Hiburan

Manusia Paling Lawak di Dunia selamat pulang

Perkongsian

[Image: harithg.transformed_0.jpg]
HARITH bersama trofi kemenangan pada sidang media di KLIA sejurus tiba dari Finland, pagi tadi.

SEPANG: Selepas 18 jam perjalanan pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander yang menjuarai pertandingan komedi, Funniest Person In The World selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Finland, jam 9.20 pagi tadi.

Harith yang ditemani isterinya, Dr Jezamine Lim disambut meriah oleh peminat yang bersorak sebaik saja Harith muncul di balai ketibaan KLIA, kira-kira jam 10 pagi.

Peminat turut membawa sepanduk dan melaungkan ucapan tahniah kepada Harith.

BH Online yang membuat lintas langsung kepulangan Harith dari Finland, sempat menemubual Harith sebaik saja beliau tiba.

Harith yang mengenakan sepasang suit berwarna biru, mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundinya.

“Saya sangat gembira, terkejut dan terharu. Melihat reaksi peminat sekarang inipun saya tak tahu nak cakap apa… Saya gembira,” katanya.

Harith berkata, sepanjang berada di Finland, dia sering berterima kasih kepada peminat melalui laman sosial.

“Saya selalu berterima kasih kepada semua yang menyokong. Saya sangat gembira mendapat sokongan rakyat Malaysia,” katanya.

Selepas menemui peminat, Harith dibawa ke bilik khas di mana sidang akhbar dikendalikan.

Melalui pertandingan yang menghimpunkan 88 pelawak seluruh dunia itu, Harith membolot hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM440,000) serta berpeluang mengadakan persembahan jelajah Amerika Syarikat (AS).

Anak seni berdarah campuran Melayu-Inggeris itu mengetengahkan konteks yang mudah difahami penonton, sekali gus melayakkannya menjuarai peringkat akhir ‘Funniest Person In The World’ anjuran Laugh Factory.

Terdahulu, Harith mara ke peringkat separuh akhir untuk ke kemuncak pertandingan di Helsinki, Finland pada 5 Disember lalu. Finalis lain adalah dari Filipina, – Alex Calleja, Katerina Vrana (Greece), Mino van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

Pada peringkat pertama, seramai 88 calon awal yang bertanding dari 55 buah negara berentap bagi ke pusingan berikutnya dengan undian dibuka antara 1 September hingga 1 Oktober lalu manakala pengundian memilih juara hanya dibuka selama 24 jam.

Dalam perkembangan terkini, Harith dan penyanyi Adibah Noor bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) yang berlangsung pada 18 Disember ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply