Inspirasi

Matematik dan air mata – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Matematik & Air Mata

Sebelum tu, kalau admin nak post confession ni, Alhamdulillah. Kalau takda maknanya takde la rezeki aku.

Umur aku 24 tahun tahun ni. Aku graduate Diploma Civil Engineering dari salah satu kolaj swasta kat Selangor. Boleh aku aku memang minat bidang Construction since dari Sekolah Menengah. Kat sini aku nak cerita pengalaman aku belajar Mathematics. Aku boleh cakap aku agak slow dalam ilmu hisab ni. Since sekolah rendah! F untuk Math tu kira makanan aku la. Tapi aku buktikan macam mana aku boleh Graduate Diploma in Civil Engineering.

Dari sekolah rendah, darjah 1 & 2 okay la aku punya Math. Ye la, sebab tambah tolak je. Memang kacang tanah. Masuk darjah 3 ada tambah bahagi, terus prestasi menurun. Aku macam blur bila Math ni ada berkawan dengan tambah bahagi tolak. Sampai menangis weh dari darjah 3 sampai darjah 6 nak struggle untuk Math. Cikgu pun naik pening dah macam mana nak bagi aku lulus Math sebab UPSR nak dekat. Ada jugak pergi kelas tambahan. Ayah aku ajar, cikgu ajar, kakak pun ajar (kakak aku 2 tahun tua dan dia memang pandai dalam pelajaran). Dapat result UPSR, Alhamdulillah dapat C.

Form 1-3 aku masuk sekolah harian biasa. Basic Seni je. Jadi Math pun just Math biasa. No technical Math. Dan macam biasa, dari Form 1-2 peperiksaan akhir tahun, F menjadi kawan baik Math aku. Time form 3 memang struggle sebab tahun untuk PMR. Pulun punya pulun aku dapat la C untuk Mathematic.

Form 4, aku nak masuk sekolah vokasional. Arwah ayah aku setuju. Aku sayang sangat arwah ayah aku sebab dia banyak support aku. Dia tahu aku lemah Math, dia tak pernah marah aku tiap kali aku failed. Dia pembakar semangat aku untuk keep going. Mak aku pulak, agak perlekeh aku masuk sekolah vokasional, bagi dia macam sekolah budak tak minat belajar. Masa sekolah aku agak down dengan Mak aku sebab aku tak sepandai kakak aku pun. SPM pun kakak aku one of the best student. Memag mak aku angkat kakak aku. Tapi aku tak kisah pun, sebab tahu kakak aku pandai. Cuma kecil hati bila Mak perlekehkan aku.

Masa sekolah ni aku agak nakal. Hari-hari aku datang lewat. Sebab rumah aku agak jauh dari sekolah. Aku kerap jugak ponteng sekolah tapi aku balik rumah. Datang lewat, fly masa kokorikulum. Memang dah sebati. hahahah. Nakal sungguh. Sampai mak aku suruh duduk asrama sebab aku hari-hari lewat. Tapi aku tak nak sebab tak suka duduk hostel.hehehehhe.

Back to my story, Form 4 aku amik Binaan Bangunan. Masa ni sekolah vokasional baru di enhance oleh kerajaan. Dah di naik taraf. So, I give it a try. Bagi aku masuk vokasional best sebab ada amali dan teori. Aku suka subjek ni. One of the thing, yang aku pegang even though aku selalu datang lewat, ponteng, fly sekolah masa kokorikulum, masa kelas aku belajar betul2. Aku hormat cikgu. Baik-baik dengan cikgu. Banyak cikgu yang kamcing dengan aku. Pada guru itu ada barokah. Wajib kita hormat sebodoh mana pun kita. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. I even get best student award, best subject award for 2 years in a row. Aku pun tak sangka, tapi mungkin tu berkah aku hormat cikgu. Dan result SPM pun quite okay. 4 As 2 Bs and 2Cs. C tu Math dan English. Masa ni Ayah aku so proud of me. Senyum lebar. Walaupun tak seberapa pun result aku ni. Tapi senyuman dia buat aku rasa hiba. Allah je tahu perasaan aku macam mana. Bila bagitahu Mak aku punya result, dia just tanya 4A je? I was like macam kena tumbuk. Aku nangis ngadu kat arwah Ayah aku. He calms me every time.

Nak masuk University pun agak struggle jugak. Aku apply Uni Kerajaan. Jujur cakap, aku agak blur time tu. Semua orang dapat masuk university, polytechnic. Tapi aku agak lambat. Time tu pun kena pressure dengan Mak aku. Dia macam agak stress sebab aku tak dapat mana-mana tawaran. Lepas tu baru aku dapat tawaran masuk Uni swasta. Masa tu macam was-was nak pergi sebab swasta. Aku fikir jugak financial family masa tu macam mana. Takut mak aku tak cukup duit. Then she said okay, then aku proceed. Dapat tawaran Civil Engineering. I was like. Macam tak percaya jugak. Boleh bawak ke tak subject ni sebab aku fikir, Math aku tak la power pun. Masa sekolah Menengah dulu kalau tak failed Math memang tak sah. Dapat credit masa SPM pun aku anggap rezeki.hahahah.

Dalam masa 3 tahun, aku struggle habiskan Diploma aku. Pahit manis semua rasa. Lagi2 masa kelas Math 1, Math 2, Math 3. Aku boleh cakap air mata aku dan kelas Math berpisah tiada. Yela, masa sekolah vokasional mana ada belaja Math deep macam tu. Budak voka je. Pegang sudip, gergaji dan gaul simen je. Tapi kalau orang tanya aku sekolah mana dulu, aku cakap je aku sekolah vokasional. Macam bangga gak ah dapat bawak subject core macam ni.hihihihi.

Lepas 3 tahun, aku graduated. Alhamdulillah. Berkat doa mak, arwah ayah aku dan usaha aku. Walaupun pointer CGPA 2.2 je tapi aku bangga la jugak dengan diri sendiri sebab aku struggle Math core tanpa pernah belajar Add Math masa sekolah menengah. Arwah ayah aku merupakan pembakar semangat aku untuk pergi sampai ke tahap tu. Dia encourage aku so I struggle until the end. Walapun dia pergi menghadap Allah sebelum sempat dia tengok aku pegang scroll, aku harap dia bangga dengan pencapaian aku. And I know hes proud of me. Aku tak kisah orang rasa biasa-biasa je pencapaian aku ni. Biar lah aku rasa ayah aku bangga dengan aku tu dah buat aku manusia paling bahagia dalam dunia ni.

Sekarang aku dah kerja swasta. Dah 2 tahun. Jadi Site Project Coordinator. Berbekalkan CGPA 2.2. Gaji tak besar pun tapi aku gali ilmu yang aku dapat dari bekerja kat sini. Alhamdulillah. Dapatla aku sara mak aku berbekalkan rezeki yang aku dapat ni. Dari anak yang nakal, tak beberapa pandai dalam pelajaran. Tapi aku tetap usaha untuk hidup.

Bagi korang yang masih study, its never too late to change your destiny. It starts now. Jangan jadi macam aku. Jadikan cerita ini sebagai satu pengajaran. Amik mana yang positif. Buang mana yang buruk dari diri aku. Its a long journey to way to go. Yang penting never give up, never surrender. Kipidap dongibab!

Al- Fatihah untuk Mak/ Ayah kita yang telah mengahap Illahi.

AABBCC

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply