Inspirasi

My boss, my daughter – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

My Boss, My Daughter

Assalamualaikum. Pertama sekali terima kasih jika confessesion ini disiarkan. Kedua, diharap kisah yang bakal aku ceritakan dapat memberi iktibar kepada semua pembaca. Aku cuba ceritakan tentang family aku sejelas mungkin sebab Im not a good writer.

Pernah tak dengar antara petanda akhir zaman adalah apabila ibu melahirkan tuannya ? Itulah apa yang aku cuba ceritakan dgn tajuk diatas.

Aku mulakan dengan serba sedikit info tentang keluarga aku. Ayah aku dah meninggal dunia (Al-Fatihah) 2 tahun lepas. So, sekarang tinggal Mak, Kaklong, Kakngah, Aku dan Adik aku je.

Kaklong dan aku dah berkahwin,bekerjaya dan tinggal berasingan dengan mak aku. Kakngah pula merupakan seorang ibu tunggal anak 3 dan tinggal bersama mak aku. Adik aku (lelaki) berumur 20, baru bekerja (sebelum ni asyik bertukar-tukar kerja) dan belum berkahwin dan masih tinggal dengan mak. Apa yang aku nak highlight disini adalah mengenai Kakngah dan juga Adik.

Kakngah aku ni dari zaman dia belajar lagi dah bermasalah. Bukan aku nak merendahkan dia kerana kurang berjaya dalam pelajaran, tapi sikap dia sendiri yang ignorant dan degil tu sampai jadi mak budak pun tak hilang. Zaman dia belajar vokasional dulu dah banyak mak dan arwah abah keluar duit. Dari sekolah terpaksa duduk kat rumah sewa. Selepas tu dia melanjutkan pelajaran dalam sebuah IPTS tempatan dalam course eletrical, which is jarang perempuan ambik. Faham-faham je lah kan kos belajar kat IPTS macam mana. Kena sewa rumah lagi. Dengan dia yang boros lagi lepas tu boleh pulak masa final year dia tak ambik practical exam yang sah-sah wajib ambik untuk dapatkan sijil.

Kau rasa ? Mak bapak aku dah berhempas pulas nak sekolahkan dia, last last tak dapat pun sijil.
So, Kakngah ni berkahwin pada umur 25 dan dikurniakan 3 orang anak. Masalah dia bermula bila dia tiba-tiba berhenti kerja. Masa tu ex-husband dia pun kerja tak tetap, rumah menyewa, bayar kereta dan kena tanggung 3 org anak. So, mak aku pun panggil la balik kg dan bekerja kat area2 rumah kitorang. Balik je mula la rumah tangga kakngah ni problem. Proses penceraian diorang je dah problem dan lama gila. Aku malas nak cerita la pasal tu. Kakngah ni dah la banyak hutang (loan belajar, kereta etc) lepastu dekat 2 tahun jugak la tak kerja dan duduk rumah mak bapak aku dengan 3 orang anak dia. Sebelum arwah ayah meninggal, dia la yang bagi makan, hantar anak-anak dia pegi balik sekolah. Sekarang ni mak aku la kena hantar diorang.

Alhamdulillah selepas 2 tahun Kakngah dapat laa kerja kilang dekat2 rumah aku. Bila dah kerja mak aku expect senang la sikit beban kewangan bila arwah ayah dah meninggal. Ye lah, nak bagi makan dia anak beranak dengan adik aku yang malas kerja lagi. Then, apa yang jadi lepas tu rupanya mak aku terpaksa uruskan anak-anak dia 100%. Kesian anak-anak dia takde dah merasa mak mandikan, masakkan makanan diorang apatah lagi suapkan (masa tu anak bongsu dia baru 2 tahun). Dan paling teruk kakak aku ni tinggalkan semua kerja rumah kat mak aku dan sikit pun takde rasa nak bayar even separuh bil eletrik/air/telefon rumah.

Baju dia dan anak anak mak aku basuhkan, makanan mak aku masakkan, hantar anak dia pegi sekolah dan duit dapur pun mak aku tanggung sorang2. Jarang sangat la Kakngah beli barang dapur, hulur duit dapur lagi la tak pernah. Bersihkjan rumah ? Jangan harap la. Balik kerja pun sibuk dengan phone.Mak aku harapkan duit belanja yang Kaklong dan aku bagi tiap-tiap bulan which is sepatutnya mak aku guna untuk diri sendiri. Kaklong dah banyak kali tegur perangai dia ni sampai berapa kali bermasam muka kitorang adik- beradik. Susah. Kakngah aku ni pesen tak boleh ditegur, degil yang amat dan keras kepala. Dia je yang betul. Korang bayangkan la dia pernah mengamuk mcm orang kena histeria sebab mak dan arwah abah suruh berbaik dengan ex-husband dia. Malu tau tak tengok perangai macam tu. Dah lah tu, dengan mak aku cakap tak pernah berlembut, suara meninggi tiap masa. Apatah lagi dengan anak-anak. Punyalah post kat Facebook rindu nak peluk anak la, malam tak boleh tidur la bila anak balik rumah nenek sebelah bapak diorang. Fake semua tu fake. Meluat aku baca.

Kitorang adik beradik semua tahu semua tu fake belaka. Masa anak dia kecik mak aku yang berjaga malam bila anak dia menangis. Aku rasa tak pernah nampak dia peluk anak-anak dia apatah lagi cium dan cakap lembut-lembut kat diorang. The worst is baru- baru ni mak aku mengadu kat kaklong (banyak kali dah jadi sebenarnya) tak cukup duit belanja dan nak pinjam duit kat Kaklong. Siapa tak sedih tengok mak sendiri dikulikan sampai menangis- nangis mak aku kalau mengadu. Sampaikan semua orang tegur kenapa mak aku kurus sekarang. Dia selalu tak selera makan dan ada tekanan darah rendah sebab terlalu penat dan stress. Mungkin korang akan kata apa yang aku dan Kaklong buat ? Kenapa biarkan? Banyak kali je Kitorang ajak tinggal dengan kitorang especially Kaklong sebab aku pun baru je kahwin. Tapi mak sendiri pun nak stay kejap-kejap je itupun kalau cuti sekolah sebab risau dengan cucu-cucu dia. So, pasal yang kes terbaru ni Kaklong ugut Kakngah termasuk Adik, kalau benda ni berterusan memang Kaklong akan terus ambik mak aku stay dengan dia. For good.

Okay. So, adik aku ni pun ada hal dia. Dia dah kerja dah sekarang ni tapi boros. Baru ni dia ada beli motor. Sekali berhenti kerja lama dia la pulak . Guess who yang bayar sepanjang dia menganggur? Yes, mak aku. Then, bila dah kerja ni seminggu je gaji dia boleh habis then 3 minggu seterusnya mintak duit minyak dan rokok kat mak aku. So mak aku decide mintak half dari gaji dia untuk mak aku simpankan dan buat belanja dapur sikit. It turns out dia suruh bayar motor dan segala bayaran yg perlu dari bahagian mak aku. So tolak punya tolak tinggal rm50. Lepastu separuh gaji yang dia sendiri pegang habis dalam seminggu. Lepastu mula laa mintak duit. Eh aku yang gaji lagi banyak dari dia pun tak pegang duit belanja banyak macam dia la setiap bulan sebab bayar macam-macam.

Aku harap lah selepas Kaklong sound diorang, diorang berubah dan sedar. Aku sedih bila Kaklong cakap Kita ada mak sorang je, mak dah penat dari muda sekolahkan kita takkanlah sekarang kita tak dapat jaga mak yang seorang tu . Aku pun tolong tak la banyak sebab aku pun ada anak nak kena tanggung tapi Alhamdulillah semenjak dah kerja tak pernah dah mintak duit mak dan elakkan untuk susahkan mak. Sampai aku nak pantang kat rumah mak pun serba salah takut mak penat.

Korang yang ada mak ayah lagi jangan la buat diorang macam tu. Berdosa besar tau tak. Dan aku doa-doa semoga Kakngah dan Adik sedar apa yang diorang buat dah banyak buat mak sedih dan terluka. Nak ditegur masing-masing keras kepala. Bukan tak pernah cuba. Macam yang aku kata tadi lah, banyak kali dah.
Semoga korang faham jalan cerita aku yang tunggang langgang ni dan hargai parents korang terutamanya insan yang bergelar ibu. Sesungguhnya, ibu lah syurga kita.

-Kak biskut yang rapuh-

Kak Biskut

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply