Inspirasi

Aku anak petani – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Aku Anak Petani

Asalamualaikum dan selamat malam .

Namaku Basirah (bukan nama sebenar). Aku budak first year dari Course (rahsia) di sebuah universiti di utara. Ok aku cuma nak luah sikit perasaan aku kat sini. Aku mengaku aku ni anak orang miskin.berasal dari kampung. Ayahku bekerja sebagai petani manakala ibuku tidak bekerja. Pendapatan ayahku cuma Rm800 sebulan. Ya. aku tidak menipu. Alhamdulillah berkat keputusan STPM iaitu 3.92 , aku berjaya sambung belajar disini (U**)

Sejak belajar di U**, aku jadi sedikit cultural shock. Nak tau kenapa? Sebab aku jumpa ramai kawan- kawan yang berasal daripada keluarga yang kaya raya. Yang kaya tu ok la.rezeki mereka.tapi masalah disini adalah, mereka sangat menunjuk- nunjuk apa yang mereka ada. Langsung tak memikirkan perasaan orang miskin macam aku.

Ada kawan aku yang selalu bagitau aku yang bapak dia belikan kereta baru. Sedangkan aku ni, ayah aku cuma ada kereta buruk . Ada juga kawan aku cakap rumah dia banglo besar. Sedangkan aku ni rumah kecik dan sempit macam pondok. Ada juga kawan aku pakai iphone dan selalu menunjuk. Sedangkan aku cuma pakai henpon buruk yang selalu ada masalah heng. Ada juga yang bagitau bapak dia kasi sebulan Rm700.. sedangkan aku hidup disini, 100% ptptn sebab bapak aku tak mampu bagi aku even Rm50. Ada juga membe aku selalu makan sedap sedangkan aku hari-hari makan megi.

Ini cerita betul weh.aku tak tipu. Aku memang orang miskin. Dan aku perasan jugak, orang lain macam taknak kawan dengan aku sebab aku miskin. Aku sedih weh. Aku tak ada keyakinan. Aku cuma nak kawan-kawan paham perasaan aku. Jangan cerita kemewahan korang kat aku.aku tak mampu macam korang.

Aku nak pesan, korang yang kaya tu.please jangan show off sangat ya. Sebab ramai orang yang miskin macam aku ni..terasa beb. Tapi aku redha. Ni jalan yang Allah bagi kat aku. Aku kena teruskan walaupun aku miskin.mungkin ada hikmahnya..

Korang kalau kesiankan aku, tolong bagi nasihat untuk aku naikkan keyakinan aku ni. Doakan semoga aku ni dapat dean list setiap sem supaya pinjaman aku ni jadi biasiswa. Supaya aku grad dengan 1st class dan dapat kerja yang aku nak. Supaya aku dapat bantu mak bapak aku. Aku nak ubah nasib keluarga aku.

Sekian terima kasih

Basirah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply