Semasa

Bapa dipenjara 54 tahun sumbang mahram dengan anak 3 kali

Perkongsian

[​IMG]
TERTUDUH diiringi polis selepas dijatuhkan hukuman. FOTO Nadim Bokhari

Petra Jaya: Bapa dijatuhi hukuman penjara selama 54 tahun dan 21 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuching di sini, hari ini kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya, November lalu.

Hakim, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menetapkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 40 tahun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 17 tahun di rumahnya di sini pada 12, 20 dan 21 November lalu.

Tertuduh yang juga penganggur didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Hakim menetapkan hukuman penjara 18 tahun dan 7 sebatan bagi setiap pertuduhan dengan mengarahkan hukuman dijalankan berasingan bermula hari ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply