Inspirasi

Ibu mertua moden – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Ibu Mertua Moden

Assalamualaikum.terima kasih admin sudi publish. For short intro, nama aku A. Happily married for 3 years and dah ada sorang baby. Hubby keje di Sabah aku pulak di semenanjung. Life aku dan suami happy even berjauhan sehinggalah masuk tahun ke3.

2 minggu sekali, aku akan drive sendiri ke rumah Ibu (my mertua). Suami anak tunggal. Ibu ni jenis moden sikit, pandai main Whatsapp bagai. Baba pulak, smartphone pun xnak guna puas pujuk. Pendek cerita, ibu jumpa blk dgn kawan lama dia. Jumpa di group whatsapp kawan2 sekolah.

Start dari tu, ibu mula abaikan baba. Ibu rapat dgn aku. Ibu mengaku pada aku tu boyfriend lama dia. Pun dah kahwin siap ada 2 orang cucu. Rupanya dah 3 4 kali dorang keluar dating. Ibu tunjuk gambar dan mintak jgn bagitau suami. Gile tak bagitau. Malam tu jugak aku mengadu. Suami diam, terkejut.

Makin hari sikap ibu makin melampau, melawan cakap baba and phone 24jam kt tangan siap lock. Baba call mengadu pada suami. Baba pun dah tau ibu ada orang lain tapi baba still pujuk ibu. Sebulan lepas tu tiba-tiba baba ngan ibu datang rumah aku. Ibu dah ready dgn 2 beg cakap nak duduk dgn aku, boleh tlg jagakan baby. Aku pandang baba, baba angguk. Baba kata nak bagi masa pd ibu tenang fikiran. Sanggup baba drive jauh2 nak hantar ibu.

Tenang fikiran??? Makin menjadi2 ibu sejak duduk dgn aku. Jangankan tengok baby, gayut pagi petang siang malam. Mabuk cinta kalah anak dara. 2 3 kali jugak jantan tak guna tu datang depan rumah. Ada sekali tu boleh pulak ibu ajak dia masuk rumah. Dah pukul 8 malam. Kata nak borak kejap. Aku buka pintu seluasnya dan duduk di dapur dgn baby. Pukul 10 tak gaya nak balik lagi. Aku text suami, mengadu. Gile!Kalau JAIS datang, dengan aku and baby sekali kene angkut kang. Suami call ibu, lepas tu aku dengar bunyi enjin keta blah, and ibu masuk bilik hempas pintu. Marah.

Hari-hari baba call tanyakan ibu. Aku pujuk baba kita doa setiap masa ye baba. Bila aku dan suami nasihat, ibu akan marah kami balik. Ibu akan sound Ko taktau ape yang ibu rasa selama ni, terpisah 30 tahun. Baba ko pulak bla..bla

Oh lupa nak cerita, sepanjang ibu kat rumah aku, aku pulak makan hati. Itu ini tak kena, kenapa bagi baby pakai itu ini, perabot ni dah lama kan tukar la baru, beli la itu ini x ade lagi kan nanti senang, kenapa tak pakai astro dll.tapi yang ini aku x mengadu pada suami. Stress pulak dia nanti.

Pendekkan cerita lagi, baba dah give up ibu hari-hari call mintak cerai. Akhirnya baba akur walaupun kitorang pujuk jangan. Baba kata hati ibu dah tak ada utk baba. Dan ibu dah tak hormatkan baba sebagai suami. Akhirnya baba lafaz talak 1. Sayunya hati tgk muka baba time tu. Menangis jugak aku. Suami fly balik sbb nak pujuk tapi x jalan. Ibu macam biasa x ada rasa apa. Reaksi happy sgt.

Ibu decide untuk duduk dengan aku sebab ibu x ada pendapatan, cuma harapkan duit Kwsp lepas pencen dulu dan duit suami kirim. Sepanjang edah, lagi kerap ibu dating. Shopping baju baru. Ibu pulak jenis baju standard mesti butik. Aku pulak, pasar mlm punya baju pun aku bedal je asalkan elok dan berkenan. Tu belum lagi make up. Ibu sangat moden dan up to date. Outfit ibu semua yang trendy. Selfie hari-hari. Aktif FB dan Instagram.Pernah sekali ibu nak pinjam 5000. Entah untuk bayar hutang apa. Aku cakap x ada sebab aku mmg x banyak saving, lagipun aku back up untuk emergency atau keperluan baby. Lain jugak muka ibu. Biarlah kalau nak katakan aku kedekut.

Ibu ada cerita yang jantan tu nak ceraikan isterinya dan kahwin dengan ibu. Tapi ni dah 7 bulan lepas edah, still tak ada berita. Aku rasa ibu kena tipu. Mungkin jantan tu cuma nak seronok2 dengan ibu. Buat spare. Tapi ibu nampak mengharap sangat. Baba dah move on, life macam biasa.Bila ibu cakap jantan tu nak datang rumah, aku bagitau ibu x payahla ajak masuk. Jiran tengok. Muka ibu dah lain. Masam. Tak kisahla ibu nak marah. Aku dah stress.

Satu malam tu sebab dah letih sangat, aku mengadu pada suami, menangis2. Life ibu cuma tengok tv, tunggu aku sediakan makan dan bergayut sepanjang masa. Alhamdulillah suami faham dan dia suruh aku apply cuti tanpa gaji setahun dan ikut dia ke Sabah. Suami cakap baik2 pada ibu, bagi alasan logik sebab kebetulan aku baru mengandung second baby, jadi suami nak aku kat sana untuk mudah dia jaga dan urus aku dan baby. Ibu setuju tapi ibu minta aku tinggalkan kereta aku untuk ibu guna. Walaupun cuma Kenari lama, tapi sayang jugak sbb dah lama berbakti. Aduhai.

Sekarang aku dalam proses apply cuti tanpa gaji. Sebab aku taknak sampai satu hari aku hilang sabar dan meletus perang dengan ibu. Haru-biru semua. Kesian jugak dgn suami yang asyik ulang-alik balik semenanjung sepanjang masalah ni. Mencurah duit macam air. Serba salah jugak dia. Dan untuk ibu, kami doakan agar ibu berubah sebab A dan suami sayangkan ibu dan baba. Doakan semuanya dipermudahkan.

Menantu Ibu

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply