Semasa

Nelayan berjaya tangkap ikan kerapu gergasi

Perkongsian

[​IMG]
[​IMG]
SEORANG pengunjung mengambil kesempatan bergambar dengan seekor ikan kerapu gergasi yang ditangkap di Lautan Hindi pada Sabtu lalu. AGENSI
Daily Mail melaporkan, ikan kerapu seberat 192 kilogram itu ditangkap oleh sekumpulan nelayan di perairan Lautan Hindi berhampiran Seychelles pada Sabtu lepas.

LONDON 14 Dis. – Pengunjung di Pasar Arndale dekat Manchester melahirkan rasa teruja melihat seekor ikan kerapu gergasi yang dipamerkan untuk tujuan jualan di pasar berkenaan.

Ikan itu yang dipercayai merupakan ikan ketiga terbesar seumpamanya yang pernah ditangkap di dunia terpaksa menggunakan ‘tenaga’ tujuh orang lelaki untuk mengangkatnya sebelum diterbangkan ke United Kingdom (UK) dan diserahkan kepada pemborong Hodgkinsons.

Ikan kerapu terbabit kemudiannya diserahkan kepada penjual di Pasar Arndale semalam.

Sebelum ini, ikan yang sama seberat 392 kilogram pernah ditangkap pada tahun 1961 di Florida, Amerika Syarikat manakala pada tahun 1985, ikan kerapu gergasi seberat 300 kilogram ditangkap di Mexico.

Sementara itu, Anthony Griffin, 39, yang menjadi penjual ikan selama lebih 28 tahun, membeli ikan kerapu gergasi berkenaan pada harga lebih 1,000 pound (RM5,600) dan yakin dapat menjual dengan keuntungan melebihi 5,000 pound (RM28,100).

Griffin mempamerkan ikan itu di pasar terbabit sebelum dijual kepada orang ramai dan restoran-restoran makanan laut.

“Saiz ikan eksotik ini sebenarnya benar-benar mengejutkan dan terlalu sukar untuk ditemui. Rata-rata penduduk di UK tidak mengetahui tentang ikan ini,” katanya. – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply