Semasa

Tumbuk muka pelajar sampai patah hidung

Perkongsian

[​IMG]
Tertuduh, 17, mengaku salah sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pelajar tingkatan empat ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam

KUALA TERENGGANU- Seorang remaja mengaku salah sengaja menumbuk seorang pelajar tingkatan empat sehingga patah hidung, dalam kejadian 3 Disember lalu, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Tertuduh berusia 17 tahun dari Kampung Banggul Tuan Muda, di sini, mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa, 16, di persimpangan Taman Desa Putra, di sini, lebih kurang jam 11 malam, pada 3 Disember lalu.

Dengan itu, tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun dan dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Sejurus pengakuan salah tertuduh direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 oleh seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah menetapkan 23 Januari tahun depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menungga laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebelum ini, dalam kejadian 3 Disember lalu, semasa mangsa berada di rumah rakannya di Taman Desa Putra, Manir, di sini, terserempak dengan tertuduh yang ketika itu menaiki motosikal.

Tertuduh dikatakan mengajak mangsa mengikutnya sebelum dibawa ke satu persimpangan di Taman Desa Putra dan di sana berlaku pertengkaran mulut di antara kedua-duanya.

Ketika itu, tertuduh dipercayai gagal mengawal perasaannya sebelum bertindak menumbuk mangsa sebanyak dua kali di bahagian hidung dan sekali di muka.

Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami pendarahan yang serius di hidung sebelum dibawa ke hospital oleh tertuduh dan doktor mengesahkan hidung mangsa patah.

Mangsa juga ditahan di wad beberapa hari untuk mendapat rawatan lanjut dengan pakar telinga, hidung dan tekak.

Sejurus keluar wad, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan susulan. – Sinar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply