Inspirasi

Akal dan hati – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Akal Dan Hati

Tajuk entri kali ini agak close. Dua perkara dan dunia perasaan yang sangat berbeza. Ramai para rakan-rakan saya bertanyakan tentang masalah cinta mereka. Terutama rakan perempuan. Kerana mereka lebih banyak mengalami masalah percintaan berbanding dengan lelaki yang memilki egois yang terlalu tinggi. Saya bukan pakar atau doktor cinta. Saya hanya manusia biasa yang ingin meluahkan pendapat melalui IIUM

Manusia hanya makhluk biasa yang sama dengan makhluk-makhlauk lain. Punya kelebihan dan kekurangan yang tidak dapat dinafikan. Cuma bezakanya manusia dengan makhluk-makhluk yang lain ialah, manusia diberi akal untuk bekerja sama dengan hati bagi menghasilkan satu keputusan yang jitu dan tepat.

Namun, dalam menilai sesuatu perasaan, tidak semudah yang di sangka. Dalam si akal dan si hati menilai, tetap ada virus yang terlalu kuat untuk ditepis. Virus itu adala nafsu dan mata kasar. Dua medium ini sangat bahaya andai perasaan kita yang bersifat sebagai antivirus tidak bisa melawannya. Dalam membuat penilaian dalam mencari sinar bahagia iaitu dalam menilai cinta seseorang, perasaan kita perlu teguh pada akal dan hati. Jika perasaan kita goyah pada nafsu dan pandangan mata kasar. Kemungkinan hasil penilaian anda bakalan membawa keperitan. Dari kebahagiaan.

Ya, mungkin kita sering sahaja keliru dengan hati dan perasaan. Sering timbul istilah, bab hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa. Memang kebenaran ayat itu adalah 80%. Selebihnya tidak. Siapa kata kita tidak boleh paksa perasaan kita? Sebenarnya boleh andai kita memiliki tujuan dan motif yang sama dalam sesuatu perhubungan.

Sebagai contoh, kita ingin seseorang yang indah pekertinya. Indah budinya. Indah personalitinya dan indah wajahnya. Tetapi dalam pencarian anda, anda sudah menemui seseorang yang indah wajahnya, indah personalitinya dan indah budinya. Tetapi, pekertinya tidak memuaskan hati. Disebabakan pekertinya anda lebih ke kancah derita yang terpemdam. Apakah kita hanya akan membiarkan hati terus berendam pedih kerana dia indah hanya pada pandangan mata kita, sedangankan pekertinya terus mengores-gores hati kita? Sampai bula kita mahu terus bertahan?

Ya, kalau dah sayang. Penantian itu sanggup ditunggu. Tapi, apalah ada pada penantian yang hanya akan menyakitkan dan membawa lebih bencana dari menerima sesuatu yang lebih membahagiakan dan menyenangkan di kemudian kelak. Saya mengambil contoh hubungan cinta manusialah. Senang ingin dibuat perbandingan.

Hal ini berlaku banyak kali pada teman-teman saya, bila sering ditinggal kerana insan ketiga. Sering makan hati bila kekasih hati mula beralih arah. Bertepuk sebelah tangan kerana diri tidak punya pekej lengkap untuk menjadi rebutan. Setulusnya, apalah ada pada keindahan luaran andai dalamnya hitam dan berlumpur. Tidak dinafikan, 98% manusia di dalam dunia ini ingin mencari pasangan hidup atau berangan inginkan pasangan hidup yang handsome, cantik, ayu, macho dan segalanya. Terkadang sampai terlupa pada tujuan hubunagn itu. Sehingga sanggup menyerahkan apa yang tak sepatutnya hanya kerana sayang. Sehingga ada yang sanggup bersama sebelum berkahwin.

Saya di sini bukan ingin membahas isu dosa dan pahala. Apa yang dicoretkan sekadar ingin dijadikan perbandingan. Menilailah seseorang itu jika boleh gunalah akal dan mata hati. Jangan serahkan kepada nafsu dan pandangan mata kasar. Kerana jika dua medium ini bergabung, dan perasaan kita goyah dari mengikut akal dan hati, tidak mustahil anda akan ke kancah yang lebih teruk dan menyakitkan di hujungnya. Hanya pada awalnya keseronokan itu melanda.

Gunalah hati dan akal untuk nenilai seseorang itu. Tidak semua apa yang kita nak di dalam dunia ini kita akan miliki. Tiada kesempurnaan dalam dunia. Terkadang, yang terlalu sempurna luarannya itulah, kecacatan dalamannya lebih teruk. Andai kamu menuruti hanya mengikut pandangan mata kasar dan nafsu, saya boleh klasifikasikannya, tujuan hubungan itu hanya kerana nafsu semata-mata.

Namun, andai kamu menilai seseorang itu kerana hati, pekerti dan hatinya. Insyaallah kebahagiaan itu akan menjadi miliki kamu semaksimanya berbanding, menuruti perasaan dan nafsu. Seronoknya hanya permulaannya, bila sudah bosan hujungnya merana. Dan mungkin tidak bertahan lama. Ingatlah. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memiliki hati yang suci dan bersih. Apalah ada pada rupa. Rupa boleh hilang dalam sekelip mata. Ketulusan, keujuran dan kesucian hati sukar dicalari selagi terus disetiai ingatlah kalian semua. Carilah insan yang boleh membawa kepada kamu lebih kebahagiaan dan kesakitan.

Maaf jika saya sudah melalut. Sebelum nak close entry ni. Ingatlah kalian semua, untuk memilik seseorang yang boleh membawa sinar bahagia dengan kamu. Nilailah dia dengan padangan mata kasar, mati hati, perasaa dan akal. Timbanglah sebaiknya. Kenalinya sedalamnya mengikut kadar masa yang bersesuaian sebelum memilikinya. Hubungan yang terlalu cepat terjalin dan tanpa dugaan dalam sesebuah hubungan itu tiada bermaknda bila terputus kelak. Berbanding hubungan yang awalnya terlalu sukar untuk bersama, andai berpisah kelak, pasti kerinduan itu akan kekal sehingga mati.

Sekian dulu wassalam

AZRH

AZRH

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply