Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 77

Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 87
Low self esteem – [kisah dunia] – Kisah Dunia
Inspirasi

Low self esteem – [kisah dunia]


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Low Self Esteem

Assalamualaikum.Lets get straight forward, tak reti nak intro panjang-panjang. Masalah aku dari kecik sampai membawak ke besar ni, aku kurang keyakinan diri. Time nak jumpa orang, time sedara mara datang, time tu aku sakit perut.

Benda ni lagi melarat bila aku masuk kolej. Setiap subject kena ade presentation, and mostly individual presentation. Masa turn aku, disebabkan aku gabra, tak confident.. Dari nak sebut suffer aku boleh sebut supper. Bergegar hall, coursemate gelakkan aku. Automatically, muka aku jadi merah padam sebab segan sangat. Ye, memang kulit aku cerah sikit and senang sangat nak blushing. Start dari situ, memang asyik kena bahan sebab orang nak tengok muka aku ni jadi merah. Nasib baik tak tukar jadi hijau, kalau tak sorang sorang aku balun. Bertambah menjadi jadi low self esteem aku sebab orang dah tahu kelemahan aku .

Sampai satu tahap aku terfikir sendiri. Sampai bila aku ni nak jadi pengikut je, sampai bila aku ni nak duduk dalam circle aku je and bila masanya orang akan nampak kelebihan aku. And masa practical, aku decide nak apply dekat gomen office nun dekat KL. Aku tak pernah jejak KL sorang2. Selalunya mesti dengan family & mesti pergi rumah sedara. Paling best aku pernah pergi pon, KLCC, Menara Kl, Zoo,Muzium Negara. Alah, tempat tempat yang selalu rombongan sekolah pergi, tu jela tempat aku pernah pergi.

Sebelum aku gerak dari rumah, ayah aku pesan ayah lepaskan ateh pergi KL sebab ayah nak ateh belajar ilmu hidup . Aku pon tak paham apa maksud ayah. All in my mind is, nak habiskan praktikal, nak submit report and grad. Hari pertama aku start praktikal, aku macam kagum gila tengok orang dress up, and aku start observe behaviour orang. Berangan nanti nak pakai heels ketak ketuk, nak pakai lipstik merah mengelip.

Dekat area bilik sewa aku ada medan selera, and aku setiap petang mesti pergi tapau air. Satu hari tu aku nampak iklan nak cari part time kedai makan. Aku pon tak tau kenapa aku macam melekat dekat iklan tu, terus ambil no akak tu and terus deal untuk kerja belah malam je. So bermula la rutin aku, 8am sampai 5.30 practical, 7pm sampai 12 kerja part time. Pengalaman aku kerja part time ni yang ajar aku apa erti ilmu hidup . Aku belajar cara nak communicate dengan orang, dari sekecik kecik budak sampai ke golongan berumur. Kerja kedai makan nampak je macam senang, tapi susah. Bila tokey kedai eksploitasi kan aku untuk tarik perhatian customer, aku redha je. Bagi aku sebab aku baru lagi so orang seronok nak kacau. As long niat aku betul dan aku tak terkeluar dari landasan, everything should be fine 🙂

Sepanjang tempoh 3 bulan kerja part time, aku belajar untuk ada keyakinan diri. Sebab aku dah jumpa macam-macam orang, muak dengan kerenah orang. Aku belajar ,yang tak penting apa pandangan orang dekat aku, selagi aku bangga dengan diri sendiri (know your limit) . Aku tak tahu apa yang menggerakkan hati aku nak kerja part time sedangkan masa aku terhad. Aku tak tahu kenapa aku rasa , aku seronok bergaul dalam golongan yang kerja-kerja biasa. Tapi aku bersyukur, sebab aku belajar erti ,merendah diri tapi dalam masa yang sama aku develop keyakinan diri. Alhamdulillah, aku dah improve masalah low self esteem aku. Walaupun masalah blushing tu tetap lagi ada, tapi aku dah ada keyakinan untuk bercakap & jumpa orang.

Degree life aku sangat best, sebab aku start dengan diri aku yang baru. No more low self esteem. Point aku sebenarnya senang je. Aku tahu ramai yang ada masalah macam aku. Masalah yang buat kita tak nak tonjolkan diri kita. Masalah yang buat kita rasa, diri kita tak setanding dengan orang lain. Masalah yang buat kita enggan tonjolkan kelebihan diri sendiri. Setiap orang tu ciptaan indah Tuhan, explore the beauty inside urself. Cari jalan nak overcome your low self esteem. Ada orang low self esteem sebab badan dia berisi, ada orang sebab kulit muka bermasalah & macam-macam lagi. TAPI, jangan jadikan masalah LOW SELF ESTEEM tu hancurkan diri kita dalam diam . Believe me. Macam macam aku hadap untuk jadi diri aku yang ada keyakinan diri. So, for those yang low self esteem. Yup, i am talking to you. You are awesome, you are more than what you think.

Lastly jangan lupa cari ilmu hidup

AD

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply