Inspirasi

Masakan mak – [kisah dunia]


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Masakan Mak

Assalamualaikum readers. Terima kasih admin andai kata confession ini dibebaskan 🙂

Aku seorang perempuan berumur 20-an. Berkulit hitam manis. Dibesarkan dalam family yang besar yang kalau makan atas meja makan, mesti ada yang kena duduk bawah. So, nak bagi adil, semua orang makan kat bawah. Barulah adil dan saksama lagi harmoni. Okay cukup promote pasal diri aku. Sekarang meh masuk cite pasal mak aku yang powerlah bagi aku 🙂

Mak aku pernah cakap kat aku, dulu-dulu masa mula-mula kahwin dengan bapak aku, mak takdelah pandai masak sangat. Tapi belajar sikit-sikit. Mungkin yang ni hints untuk aku supaya aku lebih giat bekerja di dapur. Tapi sekarang mak memang power. Pung pang.. pung pang.. siap kari kepala ikan. Pernah sekali aku tengok mak masak kat dapur. Konon nak belajar lah. Tolong potong bawang, potong cili segala tapi end up mak aku yang buat. sebab aku potong lambat sangat. huwaa.. maafkan saya.

Disebabkan keluarga kami besar, mak dah biasa masak banyak. Lagi-lagi anak-anak lelaki mak semua kuat makan. Kau faham-faham je lah orang lelaki makan macam mana. Sekali kaut, dua tiga senduk nasi dalam pinggan. Tapi segala-galanya berubah bila abang-abang aku dah kahwin dan berpindah ke rumah masing-masing. Pernah mak tersilap masak. Mak cakap Allah, mak termasak banyak pula harini. Ingatkan ramai yang nak makan. Kami yang kat rumah ni pun macam.. kesian mak. masih tak move on. hihi

Setiap hujung minggu, abang-abang aku mesti balik rumah mak. Rindu akan air tangan bonda mungkin. Mak tak pernah gagal menyediakan lauk pauk serta hidangan yang enak dimakan. Bak kata mak, mak suka tengok lauk pauk mak habis dimakan. Seperti orang berniaga, haruslah mereka berpuas hati jika jualan mereka laris. Laku keras bak hang. Okay dah kenapa ayat karangan form 5 pulak ni.

Tapi tula. Nak kata mak aku punya masakan ni power, memang power. Pernah aku first time masuk asrama, seminggu okay tak lalu makan sebab makanan kat cafe, ayaq tangan orang len. Okay memilih. Maafkan saya. Jadi setiap kali balik ke asrama, aku jugak tak pernah gagal membawa bekal dari rumah. Jamu roomate-roomate aku. Diorang pun kemain puji masakan mak aku. Aku pun apa lagi, tumpang kembang lah walaupun bukan aku yang masak.

So, moral of the story, hargailah mak bapak kita. Buat depa bahagia. Sebab depa dah banyak berkorban dan bahagiakan kita tanpa kita sedar. Doakan moga Allah berkati umur mereka yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.

kalau rindu, balik lah. kalau busy, call lah. kalau tak reti masak, belajar lah. Ye. moral untuk aku jugak yang masih terkial-kial potong bawang ni.

Adios! 🙂

adik manis

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply