Inspirasi

Tolonglah – [kisah dunia]


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tolonglah

Assalamualaikum. Terima kasih kalau admin siarkan confession ni. Nak luahkan sangat sebab sampai sekarang tak terluahkan dekat sesiapa lagi. Saya ni memang jenis tak pandai bercerita, tak pandai mengarang ayat, apatah lagi nak bersosial. Senang cerita saya ni lah yang tergolongan dalam jenis yang kalau ada orang tak perasan, kalau takde pun orang tak cari. Saya Lili umur 25 tahun. Saya fresh grad yang baru bekerja kat sebuah tempat yang selalu conduct event atau program untuk student atau warga pendidik. Best kerja sini tapi macam biasa lah, orang macam saya sangat struggle dengan kerja-kerja yang melibatkan human relation ni. But Alhamdulillah masih bertahan sehingga ke hari ini. Saya bekerja as ketua technician. Jadi tak deal dengan people sangat. Lebih banyak habiskan masa dengan server, computer and barang-barang teknikal.

Dari segi penampilan, first impression orang akan selalu kata saya cantik dan manis orangnya. Taktahu lah sebab nak jaga hati ke puji-puji. Tapi sebab saya sangat tak pandai nak bersosial jadi orang selalu salah paham saya sombong. Mula-mula kenal orang akan rasa mesti best budak ni tapi selalunya lepas kenal lama sikit orang akan rasa tak rugi pun tak kenal dia. Dan sebab saya jarang sangat bergaul jadi bila saya cuba bercakap atau minta tolong nadanya jadi tegas. Saya pernah dengar ada orang kata tak suka saya sebab saya berlagak. Padahal tak pun, saya cuma nak cakap macam biasa tapi sebab saya jenis straight to the point jadi orang ingat macam saya tahu bagi arahan je. Kalau takde kerja, saya akan stay kat tempat saya and tak campur orang sebab malas nak dengar gosip and satu lagi sebab saya taknak orang salah paham dengan saya. Padahal ikutkan saya nak je tegur dan borak-borak macam orang lain masa free tapi saya takut. Entah lah, rasa insecure. Jadi end up saya stay je dalam bilik saya depan pc buat hal sendiri. Kat ofis memang tak ramai kawan. Kalau nak kira bukan kat ofis je, dari zaman sekolah sampai lah zaman U semua memang tak ramai kawan pun. Sedih pulak rasa tiba-tiba. Sebelum ni saya pernah beberapa kali ada hubungan dengan lelaki tapi selalunya memang kena tinggal maklumlah saya kan perempuan yang membosankan. Mungkin jugak terpikat sebab rupa je bukan peribadi. Jarang nak jumpa, kalau jumpa pun sekejap sebab asyik nak balik awal je. Sebab memang saya jenis macamtu. Jadi para lelaki ni akan rasa saya ni cantik tapi kaku. Apa istilah dia tu, macam bercinta dengan patung, takde perasaan. Tahap tak suka bersosial saya ni sampai fb ke dan insta pun sekadar ada buat syarat je, buat kumpul habuk.

Last, tahun lepas saya bertunang. Sepatutnya awal bulan 2 kahwin tapi haritu ada jadi sedikit perselisihan faham. Nak cerita pun taktahu macam mana sebab dia jadi macam tiba-tiba. And sekarang saya tak pasti status saya dengan dia ni apa. Entah lah. Bila orang tanya saya bila majlisnya saya taktahu nak jawab apa. Saya jawab je nanti saya jemput kalau ada jodoh. Lelaki tu pun satu taknak berbincang, senyap je. Last saya tanya kenapa dia cakap dah tawar hati. Saya tak pandai jaga hati family dia. Sebabnya saya suka buat ikut suka hati saya. Kalau saya nak, maksudnya saya nak. Taknak tolak-ansur. Dan saya jugak suka marah-marah tak tentu pasal. Dia kata penat lah asyik kena mengalah dan ikut cakap saya je. Dia kata kalau kahwin saya mungkin tak dapat ikut cara hidup dia. Tu dia cakap lah. Saya pun hairan, sebelum ni dia kan memang kenal saya macamni siap ajak kahwin lagi lepastu cakap penat. Saya taktahu nak cakap apa saya pun diamkan diri. Then, haritu saya nampak kat news feed dia ada komen mesra-mesra dengan kawan perempuan. Mungkin sebab ni lah dia tolak saya, dia ada banyak pilihan lain lagi. Jadi kalau dia hilang saya, dia tak rugi pun. Perempuan tu sangat cantik dan of course ceria. Kenapa saya cakap macamtu sebab saya tengok lah. Dia punya profile fb public jadi ada post dia yang saya boleh bukak. Kalau dia ada up gambar ke atau post ke sampai beratus like. Ex tunang saya pun salah seorang jugak. Yang peliknya kalau orang lain komen dia like je tapi ex saya punya komen dia siap balas letak smiley comel-comel lagi. Kalau baca lah, panas juga hati. Saya taktahu apa hubungan dorang dan saya tak tanya pun. Tapi biarlah. Sebelum tunang pun ada saya jumpa gambar ex dengan perempuan lain, bukan selfie tapi dekat event. Bila saya tanya dia minta maaf dan cakap tu cuma kawan lagipun bukan dia yg upload gambar tu, perempuan tu. So saya suruh delete dan buat macam biasa. Masa tu saya maafkan sebab saya sayang. Sekarang saya penat. Saya letih nak jadi orang yang bukan saya. Mungkin Tuhan nak tunjuk, dia memang baik. Tapi mungkin dia bukan terbaik untuk saya. Entah lah, sebenarnya saya keliru. Apa yang terbaik untuk saya pun saya taktahu dah. Setiap malam nangis tapi taktahu nangis sebab apa. Selepas solat saya doa nangis-nangis tapi saya taktahu apa yang saya sedihkan. Saya mengaji saya buat semua tips-tips yang saya dapat dari internet untuk tenangkan hati tapi still ada masa-masa saya akan moody. Nak bercuti ke hiking ke (tips dari intenet) untuk buat saya lupa, saya bukan ada kawan pun yang sudi teman. Saya pun taktahu apa saya nak dan apa saya perlu buat. Kalau lelaki yang dah taknak, apa lah daya perempuan ni nak memujuk. Kecewa sangat sebenarnya. Untuk awak, kalau awak baca cerita ni, tolong settlekan benda ni baik-baik dengan saya. Saya tak marah. Saya dah tak kisah apa yang jadi kat kita cuma tolong lah contact saya jangan diam je. Jangan lari dari masalah.

Benda ni sangat effect saya. Dah la memang saya jenis pendiam, lepas jadi macamni lagi lah saya diam. Sebab nak cerita dekat orang, nak luahkan masalah memang saya tak reti lah. Saya lebih suka pendam walaupun saya tahu tak bagus. Kesannya, kerja pun jadi lambat dan tak perform, banyak termenung je. Nasib baik selera makan tak berubah. Tak la saya sakit. Tidur pun tak lena, mimpi buruk-buruk dan asyik terjaga. Saya pura-pura kuat. Senyum macam biasa. Keluarga saya maybe paham,mereka tak sebut dan bertanya pun soal ni. Tapi saya pendam lama sangat jadi hati saya sakit tapi saya taknak bercerita dekat diorang sebab saya malu dan nak cerita apa pun saya taktahu sebenarnya. Saya tak suka benda yang saya tak paham. Saya tak paham apa sebenarnya jadi ni. Dan akhirnya saya jadi sangat stress sampai saya selalu terfikir nak buat benda-benda yang saya tak sepatutnya buat. Tapi disebabkan saya ni kurang keyakinan diri, jadi saya takut. Lastnya, saya pergi kerja tanpa motivation and balik rumah pun duduk terperap dalam bilik. Saya jadi hilang semangat. Tolonglah, saya cuma nak cerita benda ni walaupun saya pun tak faham sangat. Sebab saya tak mampu tanggung dah sakit ni. Saya tak pandai mengarang jadi mungkin cerita ni akan jadi hambarudin tapi please. Saya nak support. Saya sangat lemah sekarang. Kalau suruh dekatkan diri dengan Tuhan tu, saya dah buat dah. Cuba bagi cara lain. Jauh di sudut hati saya nak berubah jadi lebih baik, tapi saya tak pasti adakah saya akan jadi lebih baik dengan cara itu. Tolonglah saya..

Insan perlu pertolongan

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply