Semasa

Ceroboh pusat judi: jamal ditahan polis

Perkongsian

image.jpg

AMPANG – Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis di kediamannya di sini, petang tadi.

Memetik laporan media tempatan, Jamal kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan ‘baju merah’ yang didakwa menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.

Pagi tadi Sinar Online melaporkan kediaman Jamal dikepung oleh pihak polis.

Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

“Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.

“Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula,” katanya.

Cubaan Sinar Online menghubungi Jamal petang ini bagaimanapun gagal. Talian telefon bimbit beliau telah dimatikan.

Sumber: SinarHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply