Semasa

Hm ungguli portal berita


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

hm02_1486085417.jpg

Kuala Lumpur: Laman web Harian Metro (HM) menerajui portal berita di Malaysia untuk suku keempat 2016 berdasarkan statistik terbaru kategori berita dan maklumat dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Berdasarkan laporan bagi tiga bulan itu, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatat 2.71 juta pelayar unik (UV) pada Oktober, 3.04 juta (November) dan 2.78 juta (Disember).

Pada Oktober, laman yang lebih dikenali sebagai myMetro itu mengatasi pesaingnya dengan beza 95,000 UV, mengungguli dengan kelebihan 158,000 UV pada November, diikuti kelebihan 237,000 UV pada Disember mengatasi pesaingnya.

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.

Sementara itu, data Google Analytics pula menunjukkan myMetro memperoleh lebih 23 juta UV bagi ketiga-tiga bulan berkenaan.

Pada Januari 2017 saja, myMetro meraih 9.5 juta UV, meningkat 15.72 peratus berbanding bulan sebelumnya iaitu 8.2 juta UV menurut Google Analytics.

Bagi segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 87,000 langganan pengguna Sementara itu, YouTube mencatat lebih 27 juta tontonan keseluruhan pada 2016.

Di laman sosial, peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatkan hampir 4 juta likes manakala Twitter rasmi HM kini diikuti lebih 697,000 pengguna.

HM turut mempunyai akaun Twitter lain mengikut kawasan iaitu @hmutara bagi berita di Perlis, Pulau Pinang dan Perak, @hmtengah (Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan), @hmtimur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), @hmjohor (Johor), @hmsarawak (Sarawak) dan @metrosabah (Sabah).

Sementara itu, tiga lagi akaun Twitter yang fokus kepada berita dunia, sukan dan teknologi iaitu @GlobalHM, @ArenaHM dan @TekLabHM turut mencatatkan peningkatan pengikut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 9:30 AM

Sumber: hmetro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply