Semasa

Pemandu myvi tampil beri keterangan

Perkongsian

image.jpg

SHAH ALAM Pemandu Perodua Myvi yang tular di media sosial kerana menggunakan lorong kecemasan dan tidak memberi laluan kepada ambulan yang melalui laluan itu Kilometer 13.2 Lebuhraya Persekutuan telah tampil beri keterangan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, pemandu berusia 58 tahun itu tampil di balai pada kira-kira jam 7 petang, semalam.

Menurutnya, soal siasat dapati pemandu Myvi berkenaan menggunakan lorong kecemasan adalah untuk mendapatkan ubat-ubatannya yang ada di dalam teksi miliknya yang dikatakan rosak di Glenmarie.

Dia yang juga merupakan pemandu teksi menyatakan dirinya adalah pesakit jantung dan kencing manis, iaitu perlu mendapatkan ubat secara segera kerana tidak mengambil ubat lebih 24 jam, katanya.

Jelasnya lagi, pemandu itu juga menyatakan dia tidak perasan ada sebuah ambulan di belakang keretanya dan hanya perasan beberapa seketika selepas nampak melalui cermin pandang belakang sebelum cuba memberi laluan tetapi tidak sempat, katanya.

Tambahnya, polis telah mengeluarkan saman mengikut Rule 53(A) LN166/59 terhadap pemandu itu.

Sebelum ini, menerusi rakaman berdurasi 2 minit 5 saat itu, pemandu Myvi itu dilihat berdegil menggunakan lorong kecemasan walaupun siren ambulans telah dipasang.

Kejadian itu juga turut menunjukkan pemandu Myvi tersebut tidak memberi isyarat ketika ingin menukar lorong.

Sumber: SinarHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply