Semasa

Blues padam ‘bedilan’ gunners

Perkongsian

05hmbluesz_1486243515.jpg

London: Eden Hazard meledak gol menerusi gerakan solo untuk memastikan pendahulu Liga Perdana Chelsea menang 3-1 ke atas Arsenal di Stamford Bridge malam tadi.

Pemain sayap Belgium itu memperdayakan beberapa pertahanan pelawat sebelum menggandakan kelebihan Chelsea di minit ke-53 selepas tuan rumah mendahului menerusi tandukan Marcos Alonso dan rembatan lambung bekas pemain Arsenal Cesc Fabregas pada hujung permainan.

Ia kemenangan ke-11 Chelsea di laman sendiri dan ke-16 sepanjang 18 aksi liga dan mendahului Arsenal menerusi kelebihan 12 mata sambil berbaki 14 perlawanan musim ini.

Chelsea dilihat terlalu sukar untuk diatasi sejak Antonio Conte mengubah formasi pasukan gara-gara kekalahan 0-3 di Arsenal pada 24 September lalu dan hanya masa yang bakal menentukan bila skuad itu dinobatkan juara.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger yang menyaksikan perlawanan menerusi tempat duduk penonton akibat penggantungan, apa yang berlaku ke atas anak buahnya seolah-olah sama dengan musim sebelumnya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 5:25 AM

Sumber: hmetro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply