Bukit Mertajam: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah. Itulah yang digambarkan berkaitan remaja lelaki yang melarikan tabung derma Masjid Haji Saad, Tanah Liat, di sini, pagi Selasa lalu.
Hasil kecekapan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT), remaja berusia 18 tahun ditahan ketika menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu di Jalan Permatang Rawa, di sini, jam 5.30 petang kelmarin.
Difahamkan, remaja itu masuk ke masjid jam 4.51 pagi Selasa lalu dan memasukkan tabung derma masjid ke dalam plastik hitam sebelum melarikannya.
Bagaimanapun, remaja itu yang bertindak seorang diri tidak menyedari gerak gerinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di masjid berkenaan dan kecurian itu disedari bendahari masjid selepas solat Subuh sebelum membuat laporan polis.
Rakaman CCTV itu menunjukkan wajah suspek dan motosikal digunakan namun tidak mengecam nombor pendaftaran digunakan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 5:31 AM
Sumber: hmetro
Comments
Telegram:telegram.me/kisahdunia
P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.
Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih

Add Comment