Kuala Lumpur: Pemain skuad hoki negara Muhammad Razie Abdul Rahim mengakui tidak sabar untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan selepas menamatkan Kursus Asas Latihan Inspektor Polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) semalam.
Selama sembilan bulan Razie serta seorang lagi pemain negara Nabil Fiqri Mohd Noor terpaksa melupakan seketika aksi bersama skuad negara dan kini mereka berdua dijangka kembali memperkuatkan skuad kebangsaan.
Memang sudah lama tak pegang kayu hoki dan ia membuatkan saya bertambah teruja untuk kembali menjalani latihan semula.
Tapi untuk beraksi bersama KLHC (Kelab Hoki Kuala Lumpur) dalam saingan Liga Hoki Malaysia, saya tak boleh komen.
Ini kerana saya dan Nabil perlu mendapatkan pelepasan daripada majikan kami dulu (PDRM).
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 5:25 AM
Sumber: hmetro
Comments
Telegram:telegram.me/kisahdunia
P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.
Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih

Add Comment