Semasa

Ya allah, peliharalah nur areesa sofea

Perkongsian

arejakakaa_1486237670.jpg

Tumpat: Jenazah Nur Areesa Sofea Jiri, dua bulan, yang maut dipercayai dikelar ibunya, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mukim Jal Kechik, Tumpat, 3.15 pagi ini.

Jenazah bayi itu tiba, pada 3.04 pagi, diiringi ahli keluarganya selepas disolatkan di rumah keluarganya di Kampung Jal Kechik, di sini.

Turut hadir, ayah bayi berkenaan, Jiri Jaidin.

Lebih 50 orang terdiri keluarga, saudara-mara, penduduk kampung dan anggota tentera menghadiri majlis pengebumian berkenaan.

Sebelum itu, bayi berkenaan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

Semalam, portal berita Harian Metro melaporkan bayi perempuan berusia dua bulan ditemui mayi dipercayai dikelar di leher oleh ibunya di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

Wanita berkenaan disyaki melakukan perbuatan itu menggunakan pisau pemotong sayur, pada 2.45 petang, 4 Februari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 3:48 AM

Sumber: hmetro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply