Semasa

Remaja didakwa pukul makcik sendiri dengan kayu

Perkongsian

Tertuduh (tengah) ketika dibawa keluar dari mahkamah

MELAKA TENGAH – Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memukul ibu saudara dengan kayu di sebuah rumah di Kota Laksamana, Ahad lalu.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah pertuduhan dibacakan jurubahasa dan didakwa ke atasnya di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Berdasarkan pertuduhan, remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rosliza Hassan, 49, di sebuah rumah di Pangsapuri Kota Laksamana, Kota Laksamana kira-kira jam 2.15 pagi pada 5 Februari 2017.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob, meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM3,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Peguam Ishak Kari merayu supaya wang jaminan tersebut dikurangkan dengan alasan anak guamnya adalah juvana mempunyai empat beradik dan ditanggung bapa yang terpaksa merantau untuk peroleh pendapatan.

Selepas mendengar rayuan itu, Analia membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,200 dan tarikh sebutan semula kes pada 9 Mac ini. – Sinar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply