Semasa

Viral bomba terpaksa angkat kereta yang halang laluan

Perkongsian

[MEDIA=youtube]Eyd6MAuiDgs[/MEDIA]

Anggota bomba terpaksa mengangkat kereta yang diletakkan di bahu jalan dalam rakaman video milik orang awam yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

REMBAU – Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau berhadapan kesukaran untuk membawa jentera masuk ke kawasan Gunung Datuk bagi tujuan menyelamat pendaki kelmarin, berikutan sikap segelintir pengunjung yang meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan utama.

Tinjauan Sinar Harian ketika operasi menyelamat dilakukan, mendapati jentera bomba sukar untuk sampai ke tapak kaki gunung tersebut dan terpaksa beredar dari lokasi berkenaan memandangkan laluan sempit disebabkan kenderaan pengunjung.

Menurut peniaga, Zakaria Ahmad, 57, situasi itu antara keadaan biasa dilihatnya semasa cuti umum atau cuti hujung minggu, kerana pada ketika itu pengunjung yang datang mendaki Gunung Datuk seawal jam 5 pagi.

“Di kawasan atas ini sepatutnya pendaki parkir ikut petak disediakan dan tak parkir berhampiran batu di tengah laluan, bagi mengelakkan kesukaran kepada pengunjung lain untuk keluar dari lokasi ini. Malah lokasi di atas ini juga jadi tempat bagi jentera pasukan penyelamat sekiranya berlaku insiden di gunung.

“Bila kita tegur pengunjung tak boleh parkir kat sini, mereka seperti tidak acuh saja. Sudahnya terpaksalah kita lihat orang ramai angkat kereta yang halang laluan.

“Yang jadi masalahnya bila berlaku kes, pasukan penyelamat pula terpaksa bersusah ‘mengangkat’ kenderaan ini,” katanya ketika ditemui di Tapak Kaki Gunung Datuk, semalam.

Bagi seorang pengunjung, Ismail Yusof, 27, keadaan parkir yang sesak di tapak kaki Gunung Datuk menyebabkan kesukaran bagi jentera bomba untuk masuk ke kawasan berkenaan.

“Sewajarnya pendaki parkir kenderaan di kawasan lapang, di sebelah bawah lokasi ini. Namun sikap pentingkan diri untuk pilih kawasan parkir lebih dekat bagi mulakan pendakian, undang masalah kepada orang lain.

“Tindakan mereka ini yang menyebabkan kerja menyelamat terganggu. Saya harap pendaki beri kerjasama parkir kenderaan mereka di lokasi yang tak ganggu laluan jentera pasukan penyelamat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Salim Aman berkata, isu kesesakan jalan ke Gunung Datuk dibincangkan jabatan berkenaan dengan pihak pentadbiran daerah sebelum ini, namun berdepan masalah apabila kiri dan kanan laluan itu merupakan tanah milik persendirian.

“Sebagai langkah awal, terdapat kawasan parkir disediakan di luar. Namun pengunjung masih mahu parkir kenderaan mereka berhampiran kawasan di tapak kaki Gunung Datuk. Kita harap agar masalah kesesakan ini akan dapat diatasi dengan kerjasama pendaki.

“Bagaimanapun, kita akan fikirkan kaedah terbaik bersama pentadbiran daerah dan Koperasi Gunung Datuk Rembau Bhd bagi mengatasi masalah ini,” katanya. – Sinar

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply