ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa, 19 tahun, dibelasah dua wanita kenalannya dengan bantuan seorang lelaki. ? Foto oleh KE Ooi
GEORGE TOWN, 10 Feb Berang dikhianati, dua wanita sanggup membelasah rakannya dengan menendang dan memijak kepala serta badan mangsa sehingga pengsan.
Mereka berdua, dengan bantuan lelaki, berusia antara 19 hingga 24 tahun membelasah kenalan itu kira-kira 1.40 pagi Isnin lalu sehingga dikejarkan ke hospital, lapor Harian Metro.
Wanita terbabit yang juga rakannya kemudian menumbuk mangsa di kepala beberapa kali hingga dia rebah sebelum didatangi seorang lagi suspek wanita terus menendang badan dan memijak kepala mangsa.
Hasil siasatan mendapati rakan mangsa cuba menghalang namun ditolak oleh suspek lelaki sehingga jatuh dan aksi tendang-menendang berlaku terhadap mangsa, kata ketua polis daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid.
Mangsa, 19 tahun, yang didakwa tikam belakang suspek dibelasah di Jalan Persiaran Karpal Singh ketika pulang bekerja. Tiga suspek itu diberkas kelmarin. – MMO
Comments
Telegram:telegram.me/kisahdunia
P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.
Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih

Add Comment